Malaysia kini berdepan tugas berat mencapai sasaran penamat dua teratas di Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) Pusingan Kedua selepas kalah 1-2 kepada Ireland, malam ini.
Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu dikejutkan seawal minit kelima di Stadium Hoki Tun Razak, di sini apabila kapten Ireland, Chloe Watkins meletakkan pasukan nombor 16 dunia itu di depan menerusi jaringan padang.
Pemain negara kemudian bangkit mengasak sehingga akhir suku kedua untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal, termasuk tiga pukulan sudut penalti yang diselamatkan penjaga gol Ireland, Ayeisha McFerran.
Ireland hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi serangan balas pantas tetapi mujur barisan pertahanan negara cepat memintas, sebelum Anna O'Flanagan mengukuhkan kedudukan lawan pada minit ke-52.
Dua minit selepas itu, Malaysia yang berada lima ranking di bawah Ireland, merapatkan kedudukan menerusi Hanis Nadiah Onn.
Mengulas kekalahan itu, Muhammad Dhaarma Raj yang jelas kecewa, tetap memuji pemainnya yang menampilkan persembahan yang membanggakan dalam perlawanan tersebut.
"Pemain bermain cemerlang malam ini walaupun ketinggalan sejak awal perlawanan, ia bukan mudah untuk menentang lawan seperti Ireland. Kita juga mempunyai beberapa peluang terutama dua pukulan sudut penalti pada akhir permainan tetapi gagal menyempurnakannya.
"Kami hanya memerlukan kemenangan menentang Kazakhstan esok dan saya yakin tiada masalah melakukannya. Kami perlu bersedia menentang sama ada Wales atau Thailand di suku akhir serta Itali di separuh akhir dan tidak akan menyerah," katanya.
Malaysia perlu menduduki dua tempat teratas untuk layak ke pusingan separuh akhir WHWL yang akan diadakan dalam dua edisi.
Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Kazakhstan menewaskan Hong Kong 2-0 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar, sekali gus mengutip dua mata manakala Hong Kong mendapat satu mata.
Jurulatih Kazakhstan, Serik Kalimbayev memberi amaran awal kepada skuad negara agar bersedia menerima kejutan daripada pemainnya dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam esok.
"Kami mahu memberi kejutan kepada tuan rumah walaupun sedar mereka adalah pasukan yang kuat. Persembahan kami ketika menentang Ireland kurang memuaskan kerana kami tidak dapat berlatih lama di padang seumpama ini.
"Sebaliknya kami hanya berlatih di dalam dewan kerana satu-satunya padang hoki di negara kami yang terletak di selatan, dipenuhi salji," katanya.
Malaysia memulakan kempen kumpulan ini dengan membelasah Hong Kong 9-0 dalam perlawanan pembukaan pada Ahad manakala Ireland membenam Kazakhstan 12-0. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Detik cemas buat pemain hoki wanita Ireland, Hannah Matthews (tengah) apabila diasak dua pemain wanita negara pada perlawanan Liga Hoki Dunia Wanita pusingan kedua di Stadium Hoki Tun Razak, 16 Januari, 2017. --fotoBERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
WHWL: Skuad negara tunduk 1-2 di tangan Ireland
Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu dikejutkan seawal minit kelima apabila kapten Ireland, Chloe Watkins meletakkan pasukan nombor 16 dunia itu di depan menerusi jaringan padang.