Malaysia melakar sejarah mara ke final Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas menundukan pasukan pilihan pertama, Itali 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi separuh akhir di Stadium Tun Razak di sini, malam tadi.
Pemain kebangsaan, Fatin Shafika Mahd Sukri muncul wira negara apabila menyempurnakan dua gol pada penentuan pukulan penalti selepas perlawanan terikat 2-2 di akhir permainan.
Kemenangan itu bertambah manis apabila melayakkan pasukan negara bertanding di Pusingan Separuh Akhir WHWL yang merupakan pentas kelayakan terakhir untuk ke Piala Dunia 2018.
Beraksi di depan kira-kira 1,000 penyokong tempatan, pasukan Itali terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi jaringan padang oleh Maria Garraffo sebelum Malaysia menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Fazilla Sylvester Silin yang bijak menjaringkan gol padang.
Kesilapan pertahanan Malaysia mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya membawa padah, apabila Itali dihadiakan pukulan sudut penalti yang kemudian bijak disempurnakan oleh Agata Wybieralska pada minit ke-18.
Namun, pasukan kebangsaan sekali lagi bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi jaringan padang oleh Hanis Nadiah Onn untuk menjadikan kedudukan terikat dua sama sehingga separuh babak pertama.
Babak kedua menyaksikan Itali kembali mengatur serangan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya namun kekebalan benteng pertahanan negara diketuai penjaga gawang, Farah Ayuni Yahya berjaya menidakkan peluang gol Itali.
Impian pasukan negara hampir musnah di saat-saat akhir permainan selepas Itali dihadiahkan pukulan sudut penalti, namun percubaan tersebut berjaya ditampan keluar pertahanan Malaysia untuk menjadikan kedudukan 2-2 sehingga tamat permainan.
Penentuan pukulan penalti menyaksikan Farah Ayuni bertindak cemerlang apabila berjaya mematahkan lima daripada enam percubaan oleh pemain Itali sebelum Fatin Shafika muncul wira negara apabila menyempurnakan dua daripada enam percubaan penalti pasukan negara.
Mengulas mengenai perlawanan itu, jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata pasukan negara berhak menikmati kejayaan ini selepas satu tahun mengharungi latihan yang berat dalam usaha merealisasikan impian untuk mara ke Pusingan Separuh Akhir WHWL.
"Pemain ini melakukan sesuatu yang orang lain tidak akan buat...selama setahun mereka bangun seawal 5 pagi untuk menjalani latihan selain masuk ke gym 5 kali seminggu semata-mata untuk memastikan kejayaan pada hari ini.
"Kejayaan hari ini merupakan kejayaan buat semua pemain hoki wanita dan juga peminat hoki tanah air," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, hari ini.
Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pasukan pilihan kedua, Ireland menewaskan Wales 2-0 untuk turut mara ke final.
Ireland terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk membuka tirai jaringan menerusi Yvonne O'Byrne yang tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum Anna O'Flanagan menjadikan kedudukan 2-0 seminit kemudian menerusi jaringan padang untuk mengesahkan tempat ke final.
Aksi final esok bakal melihatkan pertemuan semula antara Malaysia dan Ireland selepas kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan peringkat Kumpulan B dengan kemenangan berpihak kepada Ireland 2-1. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 22 2017
![WHWL: Malaysia cipta sejarah mara ke final, benam Itali pada separuh akhir WHWL: Malaysia cipta sejarah mara ke final, benam Itali pada separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485014744_Pasukanhokiwanita.jpg)
Pasukan hoki wanita negara bersorak kegembiraan setelah berjaya layak ke peringkat akhir selepas pasukan Itali pada Perlawanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia Wanita Pusingan Kedua di Stadium Hoki Tun Razak hari ini. - Foto Bernama
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![KHM sedia timbang cadangan menghantar pasukan wanita ke Eropah KHM sedia timbang cadangan menghantar pasukan wanita ke Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485014744_Pasukanhokiwanita.jpg)
KHM sedia timbang cadangan menghantar pasukan wanita ke Eropah
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak menolak kemungkinan untuk menghantar pasukan hoki wanita kebangsaan menimba pengalaman bermain di Eropah.
![Hoki WHWL: Malaysia tewas 0-3 kepada Ireland pada final Hoki WHWL: Malaysia tewas 0-3 kepada Ireland pada final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485098121_LigaHokiDuniaWani.jpg)
Hoki WHWL: Malaysia tewas 0-3 kepada Ireland pada final
Malaysia Tigress sekali lagi gagal mengatasi pasukan favourite Eropah, Ireland, pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas tewas 0-3 pada final di sini malam ini.
![WHWL: Malaysia cipta sejarah mara ke final, benam Itali pada separuh akhir WHWL: Malaysia cipta sejarah mara ke final, benam Itali pada separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485014744_Pasukanhokiwanita.jpg)
WHWL: Malaysia cipta sejarah mara ke final, benam Itali pada separuh akhir
Malaysia melakar sejarah mara ke final Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas menundukan pasukan pilihan pertama, Itali 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti.