Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak menolak kemungkinan untuk menghantar pasukan hoki wanita kebangsaan menimba pengalaman bermain di Eropah sebagai persedian menghadapi saingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) yang bakal berlangsung pada Jun dan Julai ini.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, saingan separuh akhir itu bakal memberikan cabaran yang sengit kepada skuad kebangsaan, justeru pendedahan bermain di Eropah dilihat sebagai satu persiapan yang dianggap mustahak.
Beliau menjelaskan bahawa faktor fizikal yang dimiliki kebanyakkan pemain Eropah merupakan faktor utama yang memisahkan antara pasukan negara dan pasukan-pasukan dari benua berkenaan.
"Saya tahu bahawa gergasi hoki wanita ini sebahagiannya datang daripada Asia tetapi saya nampak apabila kita bermain menentang pasukan Eropah, faktor fizikal adalah faktor yang paling ketara.
Jadi, saya lihat ini sebagai satu perkara yang penting untuk kita menghantar pasukan wanita ini bermain di Eropah ataupun menjemput pasukan Eropah bermain di sini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan final Pusingan Kedua WHWL, yang menyaksikan Ireland menewaskan Malaysia 3-0 di Stadium Hoki Tun Razak di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Subahan turut mengesahkan bahawa kontrak ketua jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah akan disambung sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian, berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau bersama barisan kejurulatihannya sepanjang bersama pasukan negara sejak setahun yang lalu.
"Kontrak beliau (Dharma) setakat ini tetap akan diteruskan dan saya berpendapat bahawa beliau dan semua jurulatih yang terlibat dalam pasukan hoki wanita negara adalah jurulatih yang baik.
Sebelum ini juga saya telah memberitahu bahawa saya akan memberikan peluang dan masa untuk dia (Dharma) membuktikan kemampuan beliau membawa pasukan negara dan hari ini, kita dapat lihat kejayaan yang diraih pasukan wanita kebangsaan," jelas beliau.
Skuad hoki wanita mencipta sejarah apabila buat kali pertama mara ke pusingan Separuh Akhir WHWL selepas menewaskan Itali 2-1 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi separuh akhir pada Sabtu. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2017
Skuad hoki wanita mencipta sejarah apabila buat kali pertama mara ke pusingan Separuh Akhir WHWL selepas menewaskan Itali 2-1 . - Foto Bernama
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Skuad hoki 5S terima durian runtuh RM96,000
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menunaikan janjinya apabila meluluskan insentif kemenangan sebanyak RM96,000 kepada skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan.
Piala Dunia Remaja Lelaki 2023: Young Tigers mampu lakar kejutan - Subahan
KHM yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dari 5 hingga 16 Dis ini.
Tak mahu lagi 'tangkap muat', KHM mahu cari pemain tetap skuad hoki dalam dewan
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merancang memiliki pemain secara tetap bagi skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita pada masa depan.
KHM nafi dakwaan pemain hoki wanita negara
KHM menafikan dakwaan pemain hoki negara Kirandeep Kaur di laman media sosial berhubung kesukaran dihadapinya untuk melanjutkan pengajian di universiti dan mendapatkan biasiswa.
KHM rangka kertas kerja mohon imbuhan persiapan ke Piala Dunia 2023
Dana tersebut diperlukan antaranya untuk mengambil jurulatih fizikal yang berkepakaran tinggi.
Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia: Maafkan saya - Faizal Saari
Hanya ungkapan maaf mampu dituturkan penyerang skuad hoki lelaki kebangsaan Faizal Saari, selepas disahkan positif COVID-19 pada 8 Dis lepas.
Skuad hoki Malaysia kini naik tangga ke-10 hoki dunia
Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.
Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an, menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa
Subahan Kamal mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.
Reezal Merican arah PSM hantar laporan keadaan padang hoki
Keadaan padang sintetik itu mengalami masalah sehingga aksi Liga Hoki Malaysia di antara PDRM Blue Warriors dan UniKL Ladies, terpaksa dipindah ke padang 2.