KUALA LUMPUR: Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.
Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berdasarkan kemas kini ranking dunia di laman web Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hari ini.
"Pagi tadi setelah kita kalahkan pasukan Wales 3-1, maka setakat hari ini ranking Malaysia telah naik ke tangga kesepuluh dunia. Ini sesuatu amat menggembirakan kami di Malaysia khususnya KHM.
"...kerana kali akhir kita menduduki ranking ke-10 dunia adalah pada penghujung 2003," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.
Kemenangan ke atas Wales itu adalah perlawanan ujian keempat dan terakhir siri jelajah tersebut selepas turut melakar kemenangan 4-3 ke atas lawan sama, Sabtu lepas, sementara aksi terdahulu Malaysia yang sebelum ini menduduki ranking ke-11 dunia ialah meraih satu kemenangan dan tewas sekali menentang Ireland.
Berdasarkan ranking terkini, Belgium berada di kedudukan pertama diikuti Australia, India, Belanda, Jerman, England, Argentina, New Zealand, Sepanyol dan Malaysia melengkapkan 10 pasukan terbaik di dunia.
Subahan turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Malaysia menamatkan 2021 dalam kelompok itu dan akan mula mencabar kedudukan lebih tinggi tahun hadapan menerusi siri perlawanan ujian bagi mengumpul seberapa banyak mata.
Beliau berkata pencapaian dilakar anak buah Ketua Jurulatih A. Arulselvaraj dalam memperbaiki kedudukan ranking negara layak mendapat penghormatan selain membuktikan skuad kebangsaan mempamerkan peningkatan.
"Kami sedang mara untuk pencapaian yang lebih tinggi dan saya cukup yakin setelah mereka pulang ke tanah air, mereka akan siapkan diri sebelum berlepas ke Kejohanan Trofi Juara-juara Asia Lelaki 2021 pada Disember. Di situ pun kami berharap pasukan negara akan melakukan yang terbaik dan dapat sentiasa mengutip mata," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Subahan memaklumkan Mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM meluluskan peruntukan RM10,000 kepada setiap ahli gabungan badan induk hoki itu termasuk Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia dan akan disalurkan pada minggu ini.
Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan komitmen KHM kepada ahli gabungannya dalam membantu mereka untuk mengadakan aktiviti sukan hoki di negeri masing-masing.
"Kita alu-alukan persatuan hoki negeri mengadakan aktiviti hoki tak kira lah sama ada hoki lima sebelah secara karnival atau pun hoki dalam dewan atau mereka adakan liga. Insya-Allah KHM akan membantu dari segi peruntukan seperti yang dijanjikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021

Subahan ketika sidang media berkenaan Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak yang akan bermula 10 Nov ini di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.

Skuad hoki Malaysia kini naik tangga ke-10 hoki dunia
Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Muhammad Razie wira Speedy Tigers raih kemenangan sulung di UK
Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya meraih kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, selepas menewaskan kelab England Beeston H.C 3-1 di Pusat Hoki Nottingham, awal pagi tadi.

Ramadan 2021: Skuad hoki lelaki kebangsaan kekal ceria jalani latihan
Ibadah puasa pada bulan Ramadan bukanlah penghalang bagi pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk menjalani latihan.

Atlet perlu bermain untuk masa depan sendiri dan pasukan - Mirnawan
Skuad hoki lelaki negara diingatkan agar bermain untuk kepentingan dan masa depan sendiri dan pasukan jika mahu melakar sejarah.

Jangan bandingkan skuad bola sepak dengan skuad hoki negara
Kapten hoki Malaysia Sukri Mutalib berkata, perbandingan sebegitu tidak perlu dicetuskan kerana tidak memberikan apa-apa manfaat kepada sesiapa sahaja.

Skuad hoki lelaki beri amaran awal
Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan mengutip mata penuh apabila membelasah Vietnam 13-0 pada perlawanan pembukaan temasya Sukan SEA ke-27 di Stadium Hoki Theinphy di sini, hari ini.