TIMO Werner membuktikan mengapa dia masih lagi pemain penting buat Chelsea selepas menjaringkan dua gol ketika The Blues meraih kemenangan 6-0 ke atas Southampton.
Perpindahan bernilai GBP47.5 juta dari RB Leipzig ke Stamford Bridge pada Jun 2020 masih lagi tidak membuahkan hasil buat Werner, selepas merekodkan sembilan gol dalam 51 penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.
Ketiga-tiga gol pemain berusia 27 tahun bagi musim ini hadir ketika bertemu Saints dan dia masih lagi belum menjaringkan gol lebih daripada satu gol bertemu lawan lain dalam saingan EPL.
Werner sepatutnya dapat menjaringkan lebih banyak gol bertemu Southampton -- dia menggegar palang gol tiga kali dalam separuh masa pertama -- tetapi dua gol daripada Mason Mount sementara satu daripada Marcos Alonso dan Kai Havertz memastikan kemenangan bergaya di tempat lawan.
Prestasi hambarnya berganda apabila kata-katanya sebelum menyatakan dirinya 'lebih selesa' bermain untuk Jerman sekaligus menghadirkan keraguan mengenai masa depan penyerang itu.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Tuchel, menegaskan persembahan Werner menentang Saints menunjukkan dengan tepat apa yang dia boleh hadirkan untuk The Blues.
“Werner beraksi di posisi kegemarannya, sementara pemain di sekelilingnya turut menjadi faktor, gandingan dengan Mason, Kai, Kova [Mateo Kovacic] -- dia suka bermain bersama dan menghasilkan gerakan cemerlang bersama pemain lain,” kata Tuchel.
"Posisi separuh kiri sebagai penyerang berganda, dia berjaya mencari ruang menembusi benteng pertahan lawan yang sering melakukan serangan.
"Perlawanan ini seakan cukup sempurna buat Werner, cukup untuk dia menghadirkan impak serta mesej bahawa dia tidak berputus asa dan dia masih pemain penting untuk pasukan, kelab dan kumpulan ini."
Astro Arena
Sun Apr 10 2022
Reaksi Timo Werner selepas tamat perlawanan EPL antara Southampton dan Chelsea di Stadium Saint Mary's di Southampton, 9 April, 2022. (Foto AP)
Pantau Agenda Reformasi: Mengekang pertelagahan & penyebaran fitnah media sosial
Diskusi titah Sultan Selangor. Bagaimana mengekang pertelagahan dalam kalangan pemimpin & penyebaran fitnah di media sosial.
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM.
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM.
Orang ramai sambut baik di kawasan terbaharu
Orang ramai, termasuk perokok berpendirian positif berhubung keputusan kerajaan menjadikan premis dobi dan bangunan tempat kerja sebagai kawasan terbaru larangan merokok bermula 1 Januari.
TikTok, Wechat platform pertama terima lesen penyedia
Syarikat induk platform media sosial TikTok, Bytedance dan Tencent bagi Wechat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan beroperasi di negara ini.
Pasangan kekasih ditahan bersama lebih 14kg dadah
Pasangan kekasih ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah lebih 14 kilogram bernilai RM2.4 juta dalam dua serbuan berasingan pada 28 Disember lalu.
Peguam kemuka saman terhadap kerajaan
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, bermula 1 Januari 2025.
AWANI Ringkas: Siasat pekerja Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Jemu ‘terkepung’ air, mangsa banjir bina ‘jambatan DIY’
Rosdi Abdullah mengambil inisiatif sendiri untuk membina 'jambatan' dari pintu hadapan rumahnya, sehingga ke jalan raya.
Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
Werner bukti masih miliki peranan penting buat Chelsea - Tuchel
Perpindahan bernilai GBP47.5 juta dari RB Leipzig ke Stamford Bridge pada Jun 2020 masih lagi tidak membuahkan hasil buat Werner.
Chelsea hilang khidmat Lukaku, Werner, Kovacic hingga pertengahan November
Kedua-dua pemain itu telahpun terlepas pertemuan dan Norwich City dan Southampton, di mana Chelsea menang kedua-duanya.
Tuchel kecewa dengan mutu pengadilan ketika Chelsea tewaskan Southampton
James Ward-Prowse menjadi pemain keempat menjaringkan gol dan dilayangkan kad merah.
Tanpa gol, Werner masih mampu gerunkan pasukan lawan - Lampard
Berhijrah dari RB Leipzig menjelang permulaan musim 2020-21, Werner sekadar meledak empat gol dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Aksi magis Werner dicemari keputusan seri - Lampard
Penjaga gol bukan pilihan, Kepa Arrizabalaga, hadir dalam perlawanan ketika Edouard Mendy mengalami kecederaan.
Lampard harap Werner segera pulih, sahkan Pulisic kembali cedera
Werner memenangi sepakan penalti dalam penampilan pertamanya ketika Chelsea menewaskan Brighton and Hove Albion 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan awal pagi tadi.
Timo Werner sah ke Chelsea
Timo Werner dan Chelsea capai persetujuan untuk berhijrah ke Stamford Bridge.
Werner sangat bangga dikaitkan ke Liverpool
Werner dikaitkan dengan juara Eropah itu selepas meledakkan 26 gol dalam 32 perlawanan buat Leipzig, musim ini.
Jerman masih mampu juarai Piala Dunia - Werner
Timo Werner menegaskan Jerman masih mampu menjuarai Piala Dunia walaupun tewas dalam aksi pembukaan kepada Mexico 1-0, semalam.