MALAYSIA seri 0-0 dengan Thailand pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.

Peluang demi peluang dilepaskan pasukan Malaysia, terutamanya pada separuh masa pertama walaupun secara keseluruhannya pasukan Harimau Malaya menguasai perlawanan sejak dari mula.

Percubaan barisan serangan skuad Harimau Malaya yang diketuai kapten Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dengan dibantu Safawi Rasid, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh untuk memporak-perandakan pertahanan skuad Gajah Putih namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Peluang terbaik Malaysia diperoleh melalui dua percubaan oleh Sumareh namun gagal menembusi gawang Thailand apabila sepakannya sedikit tersasar dari gawang.

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.