Empat pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia tahun ini telah diketahui.

Pahang, Felda United, Kedah dan Selangor menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Namun di sebaik kemeriahannya, ada beberapa cerita yang mendapat perhatian di media sosial. Paling mencuri tumpuan adalah tumbangnya juara Asia, JDT kepada Felda United.

JDT tewas 1-2 di gelanggang keramat mereka, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin pada malam Sabtu dan menyaksikan Felda United muncul pasukan pertama merobek rekod kebal tanpa kalah JDT di kubu kuat mereka itu.









Sindir-menyindir perkara biasa di kalangan peminat bola sepak, namun ramai juga yang realistik bahawa inilah bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku dalam masa 90 minit di atas padang.

Di Stadium MP Selayang, ada kisah yang disifatkan peminat bola sepak sebagai 'mistik'. Perlawanan antara Kedah dan tuan rumah, PKNS FC, panas gara-gara gol 'ala silap mata' yang dijaringkan PKNS.

Di saat pemain pasukan Kedah masih sibuk merayakan gol kedua, tiba-tiba sahaja PKNS membuat serangan dan berjaya menjaringkan gol, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan peminat.

Mengikut undang-undang bola sepak, sepak mula selepas gol dijaringkan boleh dilakukan apabila semua pemain sudah memasuki kawasan masing-masing.

Namun yang menjadi isu peyokong adalah kedudukan pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar yang masih berada dalam kawasan PKNS.


peristiwa aneh ganjil pelik semasa pemain Kedah asyik meraikan gol kedua. Pemain PKNS memulakan permainan dan...

Posted by Daily Sukan on





Penyokong Kedah khususnya, dan peminat bola sepak secara amnya, melihat gol yang dijaringkan PKNS sebagai bukti ketidakcekapan pengadil dalam membuat keputusan. Justeru, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali berdepan kritikan atas mutu pengadilan yang disifatkan sangat buruk.

Separuh akhir pertama bakal berlangsung Rabu ini, manakala separuh akhir kedua bakal berlangsung Ahad depan, sekaligus menentukan dua pasukan yang bakal bertarung dalam final pada 12 Disember kelak.