KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Beliau berkata TFC lebih seimbang dengan menggabungkan pemain muda dan berpengalaman melengkapkan semua posisi permainan, ditambah dengan tonik baharu iaitu dua bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Safawi Rasid.
"Saya juga kenal Akram (Akram Mahinan) beberapa tahun. Musim lepas, dia tidak bermain keseluruhan perlawanan tapi dia merupakan pemain tempatan yang hebat bagi menambah kualiti di barisan tengah.
"Akinade (Ismaheel Akinade) pula, saya yakin dia boleh menyaingi Ivan (Ivan Mamut) kerana turut mempunyai kualiti sebagai penyerang. Saya jangkakan mereka akan lebih baik musim ini. Kita akan lihat nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini petang semalam.
Sementara itu, Steinbruckner menggesa kesemua pemain agar meningkatkan prestasi untuk mencipta pencapaian lebih gemilang pada musim 2024/205.
Beliau berkata persediaan awal amat penting demi memastikan skuad Penyu dapat mengharungi saingan Liga-M yang pastinya memenatkan.
"Setiap pemain perlu tingkatkan prestasi mereka. Kita akan adakan perlawanan persahabatan selepas ramadan," katanya yang masih berusaha mendapatkan khidmat dua pemain import sebelum jendela perpindahan pertama ditutup pada 3 Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Steinbruckner memperkatakan sesuatu semasa bertemu pemain pasukannya semasa menjalani latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Nerus hari ini. - Foto Bernama
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai
Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
PM Anwar ke Korea untuk lawatan rasmi
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Ia susulan jadual padat Selangor FC yang akan memulakan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Muang Thong United dari Thailand pada 19 Sept.
Liga Super: Terengganu diikat Sri Pahang 1-1
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan melalui sepakan percuma yang diambil Marin Pilj seawal minit kelima.
Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Bergeson ledak hatrik bantu JDT benam Terengganu 4-0
Jaringan hatrik penyerang berbisa Bergson da Silva membantu juara bertahan Liga Super membenam Terengganu FC 4-0.
TFC tidak jangka menang besar, bawa bekalan selesa ke Sabah
Badrul Afzan mengakui agak terkejut apabila pemainnya mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Keputusan itu menyaksikan finalis Piala FA 2022 itu membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua 6 Julai depan.