SELEPAS video promosi jersi baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) viral di media sosial, netizen mula memberi pelbagai respon.

Ramai yang memuji inisiatif JDT dalam mencipta imej bola sepak tempatan yang lebih profesional untuk meraih sokongan peminat yang berterusan.

BACA: JDT atasi AC Milan dan Southampton dalam ranking kelab terbaik dunia

BACA: JDT lakar sejarah lagi, tercalon kelab terbaik Asia dalam Anugerah AFC

BACA: JDT sah terima suntikan dana RM50 juta lagi

Video selama tiga minit itu memaparkan para pemain JDT bermain bola sepak di Lapangan Antarabangsa Senai di Johor dan juga penampilan istimewa pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, ramai juga yang mengkritik video tersebut yang dilihat mempunyai terlalu banyak persamaan dengan iklan Nike yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk mempromosi jersi pasukan kebangsaan Brazil.







Namun ada netizen yang lebih optimis dan melihat usaha JDT masih lagi terkehadapan berbanding kelab lain walapun wujud unsur peniruan.