Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque akan menggunakan aksi pemanas badan ke atas Bolivia pada Sabtu ini sebagai pentas untuk memilih senarai akhir pemain yang akan beraksi di Brazil pada Jun nanti.

Vicente sepatutnya mengumumkan senarai akhir 23 pemain pada 25 Mei lepas namun tidak berbuat demikian atas alasan mahu memantau keadaan fizikal pemain terlebih dahulu.

Sebaliknya dia hanya mengumumkan senarai 19 pemain yang akan beraksi menentang Bolivia menjadikan aksi ini sebagai pentas akhir memilih pemain.

Dengan masa semakin mendesak, Vicente hanya mempunyai masa sehingga 2 Jun ini untuk menyenaraikan skuad lengkap Sepanyol untuk membawa misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada edisi 2010 yang lalu.

Pada edisi kali ini, Sepanyol telah diundi di dalam kumpulan B yang dianggap kumpulan maut dengan bakal bertemu finalis yang ditewaskan pada edisi lalu Belanda, Chile dan juga gergasi Asia, Australia.