Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selangkah lagi untuk merangkul gelaran pertama musim ini selepas meraih slot final dengan mengetepikan cabaran beregu Taiwan pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di sini hari ini.
Dalam perlawanan separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu, yang baharu digandingkan semula itu, mengekalkan rentak agresif untuk menewaskan pilihan kelapan, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin 21-16, 21-17, dalam masa 34 minit.
Kemenangan mereka juga turut dikongsikan bersama peminat badminton yang tidak putus-putus memberikan sorakan gemuruh sehingga tamat perlawanan.
"Kali ini rentak permainan kami bertambah baik harap dapat diteruskan sehingga final esok. Kami mahu kembalikan prestasi yang cemerlang dan berharap tahun ini lebih banyak keputusan yang positif dan konsisten.
"Bagi saya juga, kami telah memulakan tahun ini dengan baik," kata V Shem kepada pemberita selepas perlawanan.
Menurut Wee Kiong, beliau tidak mahu menoleh kebelakang sebaliknya mengambil iktibar dengan prestasi merosot mereka tahun lalu dan kembali dengan pencapaian yang lebih cemerlang.
Menanti mereka di final, adalah beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang menewaskan pilihan kelima dari Denmark, Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding 15-21, 21-16, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
"Indonesia juga hebat, kami tidak boleh ambil mudah kerana prestasi beregu mereka juga sudah meningkat dan kompetitif," kata Wee Kiong.
Namun nasib tidak menyebelahi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai apabila cabaran mereka berakhir setelah kalah kepada beregu pilihan kedua dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam pertarungan sengit 21-14, 12-21, 13-21.
"Kami bermain baik pada set pertama tetapi pada set kedua dan ketiga, pihak lawan telah menukar strategi perlawanan dan kami sukar untuk baca permainan mereka," kata Shevon.
Chun Man-Ying Suet akan membuat perhitungan dengan Zheng Siwei-Huang Yaqiong dari China yang menewaskan pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle, 21-13, 21-16 dalam satu lagi perlawanan.
Sementara itu, final esok turut menyaksikan pertembungan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dengan Kenta Nishimoto dari Jepun.
Axelsen menewaskan pemain profesional negara, Liew Daren 21-15, 21-11, manakala Nishimoto menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus 21-14, 21-19 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Axelsen berkata beliau berpuas dengan keputusan itu tidak pernah mengambil mudah lawannya malah berazam memperbaiki prestasinya pada setiap perlawanan.
"Daren bermain dengan amat baik sekali...sekiranya saya melakukan kesilapan mudah, perlawanan sudah pasti sengit," kata juara dunia 2017 itu.
PERTEMUAN FINAL:
Perseorangan Lelaki:
[1] Viktor Axelsen (DEN) mln Kenta Nishimoto (JPN)
Perseorangan Wanita:
[1] Tai Tzu Yong (TPE) mln [5] Ratchanok Intanon (THA)
Beregu Lelaki:
Goh V Shem-Tan Wee Kiong (MAS) mln Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA)
Beregu Wanita:
[1] Chen Qingchen-Jia Yifan (CHN) mln [3] Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersan (DEN)
Beregu Campuran:
[2] Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) mln [5] Zheng Siwei-Huang Yaqiong (CHN).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong beraksi menentang lawannya dari Taiwan, Chen Hung Ling dan Wang Chi Lin pada peringkat separuh akhir Kejohanan Masters Malaysia di Axiata Arena Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.