FERNANDO Alonso menegaskan bahawa jam randik adalah satu-satunya perkara yang penting dan tidak mempunyai kebimbangan mengenai usianya ketika dia membuat persiapan untuk kembali ke Formula Satu (F1) bersama Renault.
Pengesahan juara dunia dua kali itu yang menyertai Renault telah disahkan semalam, dengan laporan menunjukkan bahawa dia bersetuju memeterai perjanjian selama dua tahun.
Ini bermakna, Alonso, yang berusia 39 tahun bulan ini, akan berusia 41 tahun pada musim 2022, tahun pertama F1 membawa peraturan baru yang diharapkan pelumba kelahiran Sepanyol itu akan menghasilkan persaingan yang lebih setara.
Alonso bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya cergas dan bersedia seperti sebelum ini.
"Jam randik adalah satu-satunya perkara yang penting, bukan usia," katanya kepada wartawan.
"Saya tidak pernah mendapat klasifikasi perlumbaan berdasarkan pasport, tarikh lahir saya. Ia selalu dinilai menerusi jam randik.
"Saya berasakan sudah bersedia dan saya berasakan 100 peratus mampu cemerlang daripada segi pemanduan. Saya melakukan beberapa ujian kecergasan 15 hari yang lalu dan saya mendapat antara keputusan terbaik dalam karier saya.
"Saya sangat bermotivasi, bahagia dan lebih kuat daripada sebelumnya."
Peraturan baru F1 pada asalnya dijadualkan diguna pakai pada musim 2021 tetapi telah dianjak ke tahun 2022 kerana pandemik koronavirus.
"Niat asal saya adalah untuk bersara pada tahun 2018 dan melihat bagaimana kehidupan berada di luar tetapi saya telah berfikir tentang peraturan 2021, "kata Alonso.
"Ia telah ditangguh setahun lagi ekoran Covid-19 tetapi saya berasakan masih relevan untuk terus kekal dalam sukan ini pada 2021 sebagai persediaan selepas dua tahun tidak memandu dalam jentera ini, menghasilkan tetapan terbaik dan mengharungi musim dengan cemerlang.
"Saya berasakan hanya satu pasukan akan menang bagi tahun 2020 dan mungkin pada tahun 2021 tetapi saya berasakan peraturan 2022 diharap akan memberikan kesaksamaan dalam sukan ini."
Astro Arena
Thu Jul 09 2020

Pengesahan juara dunia dua kali itu yang menyertai Renault telah disahkan semalam, dengan laporan menunjukkan bahawa dia bersetuju memeterai perjanjian selama dua tahun. - Astro ARENA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Usia bukan penghalang, Fernando Alonso kembali sertai F1
Walaupun kini berusia 39 tahun, ia tidak menghalang Alonso kembali bersaing dalam perlumbaan Formula One (F1).