Juara bertahan, Sepanyol diundi bersama dengan naib juara dan juga finalis yang ditewaskan pada edisi lalu, Belanda di dalam Kumpulan B.

Turut menghuni Kumpulan B ialah pasukan daripada Asia, Australia dan juga pasukan Amerika Selatan, Chile.

Tumpuan sebenar sudah semestinya diberikan kepada Kumpulan D, yang juga di anggap sebagai kumpulan maut apabila dihuni England, bekas juara dunia 2006, Itali, pemenang tempat ke empat edisi 2010, Uruguay serta Costa Rica.



Piala Dunia 2014