KUALA LUMPUR: Saranan menjadikan perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai medan terakhir menguji potensi calon pemain naturalisasi untuk bersama skuad negara tidak semudah yang disangka.
Malah, kaedah pelaksanaannya yang hanya dibenarkan menerusi aksi persahabatan berstatus perlawanan pertunjukan atau perlawanan ujian, mencetuskan tanda tanya adakah aksi itu yang tidak memberikan manfaat kepada pungutan mata ranking dunia, sesuatu yang relevan pada waktu ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata tidak banyak pasukan berada di ranking lebih baik cenderung untuk bermain perlawanan sedemikian terutama pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Apabila soal perlawanan bola sepak antarabangsa, hanya segelintir pihak mahu bermain kerana mereka mahu membuat penampilan terbaik dalam jendela FIFA, jadi bukan saja soal kita dan pihak lawan mahu, ia juga soal berkaitan melakukannya ketika dalam tempoh penting apabila terdapat kiraan mata (ranking FIFA) untuk turut direbut," katanya kepada Bernama.
Mengambil contoh perlawanan ujian skuad kebangsaan menentang Kuwait pada 24 Mei lalu, Stuart berkata keutamaan kedua-dua pasukan adalah untuk menurunkan seberapa ramai mungkin pemain bagi melihat tahap prestasi dan persefahaman mereka.
"Jadi ia melibatkan soal jumlah pertukaran yang boleh dibuat yang sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan ketetapan perlawanan persahabatan Tier 1, jadi dalam konteks ini pihak lawan juga perlu menerima pelawaan bermain perlawanan ujian," tambah beliau.
Perlawanan Piala AIA antara Pilihan Malaysia dan pasukan Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur FC pada Mei 2015 adalah berstatus perlawanan pertunjukan dengan skuad bimbingan Dollah Salleh itu turut dibarisi lima pemain import Liga Malaysia (Liga-M).
Lima pemain import ketika itu adalah pemain naturalisasi terbaru negara Guilherme De Paula yang mewakili Selangor, Thiago Junior Aquino (Perak), Robert Cornthwaite (Selangor), Paulo Rangel (Terengganu) dan Ali Ashfaq dari PDRM.
Sementara itu, Stuart berkata tidak banyak pasukan negara akan bersetuju untuk mengumpulkan pemain lebih awal sekiranya skuad kebangsaan bercadang mengadakan perlawanan ujian sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA bermula.
Atas faktor itu objektif utama menguji kemampuan sebenar calon pemain naturalisasi dalam perlawanan berintensiti tinggi serta menentang pasukan lebih baik mungkin tidak tercapai.
"Jika kita main perlawanan ujian menentang Nepal atau Bangladesh, adakah ia akan benar-benar menguji pemain (naturalisasi) dan mungkin juga kita boleh bermain dengan mereka kerana mereka boleh membuat panggilan skuad kebangsaan.
"Tapi jika kita nak uji mereka menentang Hong Kong, Taiwan, Uzbekistan atau pun Iran, kita mungkin tidak boleh mendapat perlawanan tersebut di luar jendela FIFA, dan dalam jendela FIFA mereka mungkin tidak mahu bermain perlawanan pertunjukan," kata Stuart.
Sebelum ini terdapat saranan FAM menjadikan perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai medan terakhir menilai potensi pemain asing sebelum memutuskan untuk menaturalisasikan mereka beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Saranan itu dibuat supaya kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan dapat dilihat lebih jelas berbanding hanya memilih berdasarkan prestasi dalam saingan liga domestik.
Sehingga kini, tiga pemain iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan De Paula (Brazil) berada dalam Program Naturalisasi FAM dalam usaha merealisasikan misi skuad kebangsaan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Jumlah itu mungkin bertambah dalam masa terdekat apabila dua pemain import Liga-M antaranya tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos (Penang FC) kini dikaitkan bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru pasukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Stuart berkata tidak banyak pasukan berada di ranking lebih baik cenderung untuk bermain perlawanan berstatus perlawanan pertunjukan atau perlawanan ujian. -Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.