PETARUNG MMA legenda dari UFC, Frankie 'The Answer' Edgar sekali lagi bakal bertarung dalam pertarungan merebut kejuaraan.
Kali ini, Edgar menggalas tugas bertemu juara featherweight UFC, Max 'Blessed' Holloway dalam acara UFC 240 di Edmonton, Alberta, Kanada.
Edgar yang juga bekas juara lightweight UFC, sebelum ini pernah merebut kejuaraan interim bagi divisyen featherweight, namun tewas di tangan Jose Aldo.
Bercakap kepada Astro AWANI, Edgar sememangnya yakin akan membawa pulang kejuaraan pada Ahad.
"Saya yakin saya akan menjadi juara pada waktu itu (ketika tewas ditangan Aldo). Saya juga yakin saya akan menjadi juara kali ini, jadi saya hanya akan pergi dan menjadikannya kenyataan", kata Edgar.
BACA: Eksklusif UFC 240: Holloway ramal pertempuran sengit menentang Edgar
Tidak memandang rendah pada juara bertahan, Edgar meramalkan satu pertempuran yang menarik.
"Saya fikir pertarungan ini sangat menarik, Max (Holloway) mempunya pergerakan yang hebat, seperti juga saya. Jika pertarungan boleh selesai awal, saya pasti akan melakukannya. Tetapi saya bersedia untuk bertempur lima pusingan dengan Max," tambah Edgar.
Apabila ditanya apa mesejnya buat para peminat terutamanya di Malaysia, ini reaksi Edgar:
"Saya pernah ke Asia beberapa kali. Saya pernah bertarung di Filipina dan di Jepun. Saya juga pernah berada di Singapura pada musim bunga. Terima kasih atas semua sokongan. Saya tidak sabar untuk memberikan pertunjukan untuk anda."
Pertarungan esok merupakan pertarungan merebut kejuaraan yang ke lapan buat Edgar. Mampukah dia mencipta sejarah dengan menumpaskan juara bertahan esok?
Hilmi Ismail
Sat Jul 27 2019
Edgar yang juga bekas juara lightweight UFC, sebelum ini pernah merebut kejuaraan interim bagi divisyen featherweight, namun tewas di tangan Jose Aldo. - Foto Instagram/@UFC
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
UFC 240: Holloway menang bergaya ke atas Edgar, kekalkan status juara
Pertarungan utama UFC 240 menyaksikan juara featherweight UFC, Max 'Blessed' Holloway dicabar petarung lagenda MMA, Frankie 'The Answer' Edgar.
UFC 240: Walau pernah tewas, Edgar tetap yakin bawa pulang kejuaraan
Petarung MMA lagenda dari UFC, Frankie 'The Answer' Edgar sekali lagi bakal bertarung dalam pertarungan merebut kejuaraan.
Eksklusif UFC 240: Holloway ramal pertempuran sengit menentang Edgar
Acara UFC 240 yang bakal berlangsung pada Ahad (waktu Malaysia) bakal menyaksikan pertembungan dua jaguh MMA terbesar dunia.
MMA: UFC tolak tawaran saya untuk berlawan Mac ini - Conor McGregor
Petarung dari Ireland itu berkata, dia sudah pun menghantar namanya untuk menentang Frankie Edgar, selepas Max Holloway menarik diri.