ACARA UFC 240 yang berlangsung sebentar tadi di Edmonton, Alberta, Kanada, telah melabuhkan tirainya.
Pertarungan utama menyaksikan juara featherweight UFC, Max 'Blessed' Holloway dicabar petarung lagenda MMA, Frankie 'The Answer' Edgar.
Ini kali ketiga Holloway mempertahankan kejuaraannya selepas Jose Aldo dan Brain Ortega gagal menyaingi ketangkasan Holloway sebelum ini.
Pertarungan bermula agak perlahan bagi Holloway kerana Edgar dilihat selalu ke depan dengan beberapa kombinasi tumbukan.
Namun Holloway cekap mengawal jarak kedudukannya sepanjang pertarungan sekali gus berjaya mengelakkan diri dari sebarang kecederaan serius.
Edgar yang terkenal dengan kombinasi tumbukan dan percubaan 'take down', gagal menggunakan strategi yang sama ke atas Holloway.
Holloway dengan tenang berjaya mematahkan percubaan 'take down' Edgar sebanyak 12 kali daripada 13 kali percubaan.
Keadaan ini telah menampakkan Edgar seakan buntu dengan teknik serangannya sendiri. Holloway pula jelas mendominasi kelima-lima pusingan.
Selesai pertarungan, kesemua juri sepakat memberikan kemenangan kepada Holloway.
Kemenangan ini menyaksikan Holloway berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut.
Selain Edgar, dua petarung lain yang rebah di hadapan Holloway adalah Jose Aldo dan Brain Ortega.
Hilmi Ismail
Sun Jul 28 2019
Kemenangan ini menyaksikan Holloway berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut. - Foto AP
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
UFC 240: Holloway menang bergaya ke atas Edgar, kekalkan status juara
Pertarungan utama UFC 240 menyaksikan juara featherweight UFC, Max 'Blessed' Holloway dicabar petarung lagenda MMA, Frankie 'The Answer' Edgar.