MOHAMED Salah dan Sadio Mane menjaringkan gol berselang empat minit dalam babak kedua untuk Liverpool mengatasi RB Leipzig 2-0, sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan agregat 4-0 awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkunjung ke Arena Puskas selepas melewati kekalahan keenam beturut-turut di laman sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangan Fulham tetapi terdapat perasaan deja vu sebelum mereka mengesahkan laluan itu.

Di venue yang sama, Salah dan Mane memberikan Liverpool keebihan 2-0 dalam perlawanan pertama, di mana perlawanan itu merupakan aksi di tempat sendiri Leipzig dan kedua-dua penyerang The Reds itu sekali lagi menemui sasaran untuk memastikan mereka menang dengan agregat 4-0.

Liverpool banyak mensia-siakan peluang terhidang tetapi percubaan Alexander Sorloth yang terkena palang merupakan satu-satunya peluang terbaik Leipzig sebelum mereka disingkirkan.

Mane melakukan percubaan voli pada awal permainan untuk memastikan permulaan menarik buat juara bertahan EPL itu, yang kembali mendapatkan khidmat Fabinho di bahagian tengah, sebelum percubaan Dani Olmo diselamatkan Alisson di gawang bertentangan.

Liverpool tidak kelihatan seperti pasukan yang telah hilang keyakinan dan Peter Gulaschi perlu mempamerkan aksi menyelamat gemilang untuk menepis keluar tandukan Diogo Juta dari sepakan penjuru.

Salah mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol apabila menerima hantaran menarik Thiago tetapi penyerang itu merembat bola tepat ke arah Gulacsi sebelum dia dan Mane gagal menyempurnakan gerakan susulan.

Emil Forsberg melepaskan percubaan yang sedikit tersasar dan Jota turut terlepas peluang terbaik apabila dia menewaskan pemain lawan di bahagian tengah tetapi gagal menewaskan Gulacsi, dengan pemain kebangsaan Portugal itu kemudian hanya menemui sisi luar jaring susulan kesilapan Dayot Upamecano sebelum waktu rehat.


Jota kemudian membenarkan Gulasci melakukan satu lagi aksi menyelamat mudah pada 10 minit pertama babak kedua dan Salah pula menyepak tinggi bola muntah susulan daripada percubaan itu.

Sorloth, yang dimasukkan sebagai pemain gantian selepas waktu rehat, menanduk hantaran lintang Hwang Hee Chan ke arah palang gol pada pertengahan babak kedua untuk Leipzig meneruskan usaha mereka mengekalkan diri dalam kejohanan itu.

Liverpool melangkah sebelah kaki ke pusingan berikutnya pada 20 minit terakhir -- Jota melakukan umpanan buat Salah dalam satu serangan pantas dan penyerang Mesir itu meluru masuk ke dalam kawasan penalti lawan sebelum menemui sasaran di penjuru kiri dengan percubaan kaki kirinya.

Divock Origi kemudian melakukan hantaran lintang bijak yang disumbat masuk Mane bagi memastikan kemenangan selesa pasukan bimbingan Klopp itu.