BORUSSIA Dortmund, membuktikan kebangkitan mereka apabila berjaya menundukkan kelab Ligue 1, Perancis, Lille, dengan agregat 3-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Kemenangan 2-1 di Stade Pierre-Mauroy pada Khamis memastikan Dortmund mara ke suku akhir setelah terikat 1-1 sebelum ini.

Namun, perlawanan tidak bermula dengan baik buat Dortmund apabila Lille, yang dibimbing oleh Bruno Genesio, terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Jonathan David pada separuh masa pertama, sekali gus memberikan tekanan kepada pelawat.

Memasuki separuh masa kedua, Dortmund menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Mereka menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Emre Can pada minit ke-56, membangkitkan harapan pasukan pelawat.

Detik gemilang Dortmund tiba pada minit ke-65 apabila Maximilian Beier muncul wira pasukan dengan meledak jaringan kemenangan.

Gol tersebut memastikan Dortmund, juara edisi 1996/97 yang menewaskan Juventus 3-1 di Olympiastadion, Munich, mara ke suku akhir.

LIGA JUARA-JUARA 

PUSINGAN 16 PERLAWANAN KEDUA

Lille 1-2 Borussia Dortmund

* Dortmund menang agregat 3-2

Aston Villa 3-0 Club Brugge

*Aston Villa menang agregat 6-1

Arsenal 2-2 PSV Eindhoven

*Arsenal menang agregat 9-3

Atletico Madrid 1-0 Real Madrid

* Agregat 2-2, Real menang penentuan sepakan penalti 4-2

Liverpool 0-1 Paris Saint-Germain

*Agregat 1-1, Paris Saint-Germain menang penentuan sepakan penalti 4-1

Barcelona 3-1 Benfica

Barcelona menang agregat 4-1

Bayer Leverkusen 0-2 Bayern Munich

Bayern Munich menang agregat 5-0

Inter Milan 2-1 Feyenoord Rotterdam

*Inter Milan menang agregat 4-1

SUKU AKHIR

Bayern Munich lwn Inter Milan

Barcelona lwn Borussia Dortmund

Paris Saint-Germain lwn Aston Villa

Arsenal lwn Real Madrid 

-- Sinar Harian