KUALA LUMPUR: Turki terus menjadi medan Terengganu Cycling Team (TSG) memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero dari Colombia memenangi Grand Prix (GP) Gundogmus semalam.
Pelumba berusia 35 tahun itu menyudahkan perlumbaan 103.5 kilometer itu untuk gelaran juara keduanya selepas memenangi GP Velo Alanya dua minggu lepas sementara rakan sepasukan Metkel Eyob dari Eritrea di tempat kedua dan Franklin Archibold daripada pasukan "Panama es Cultura y Valores" di kedudukan ketiga.
"Saya amat gembira begitu juga pasukan, kami sentiasa bersama di sepanjang perlumbaan. Bagaikan tak percaya," katanya dalam klip video mengenai reaksi kemenangannya yang diperoleh daripada TSG.
Sehari sebelum kemenangan pertama Carlos, pelumba pecut Malaysia Mohd Harrif Saleh menjuarai GP Velo Manavgat, satu lagi perlumbaan berstatus 1.2 dalam kalendar Jelajah Eropah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Sementara itu dalam GP Mediterrennean pada Sabtu, Mohd Harrif menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala rakan sepasukan Irwandie Lakasek dan Wan Abdul Rahman Hamdan masing-masing di kedudukan keenam dan kelapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Carlos menyudahkan perlumbaan 103.5 kilometer itu untuk gelaran juara sementara Metkel Eyob dari Eritrea di tempat kedua dan Franklin Archibold di kedudukan ketiga. - FB Terengganu Cycling Team
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024
Mereka terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dan Merhawi Kudus Ghebrenedhin dan seorang pelumba tempatan, Nur Aiman.

LTdL 2023: Menang peringkat perlumbaan, jersi putih kini tumpuan TSG
Peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit tertutup selepas Nur Aiman tidak berjaya mempertahankan gelaran itu yang dirampas Simon Pellaud.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

LTdL 2023: Insiden gugat penamat sempurna TSG tidak berulang - Mohd Harrif
Mengambil iktibar susulan tersingkir berbaki tiga peringkat pada edisi lepas, beliau akan lebih berhati-hati pada saingan kali ini.

TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
TSG yang berpangkalan di Kuala Terengganu turut optimis mampu melakar sejarah sebagai pasukan terbaik benua.

TSG optimis kekal gelaran juara Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
Keyakinan tersebut disandarkan pada kedudukan TSG kini yang selesa di hadapan pencabar di tempat kedua, dengan perbezaan 500 mata.

Jelajah Thailand: TSG terus cemerlang, Harrif tawan peringkat keempat
Saingan yang bermula di Sakon Nakhon sehingga ke Nakhon Panom dengan jarak 176 kilometer, mengambil masa 4 jam 3 minit 47 saat.

TSG rampas gelaran pasukan terbaik Asia 2021
Kejayaan itu susulan prestasi mantap menyertai saingan di Eropah termasuk di Turki.

Nur Aiman raih gelaran Raja Bukit Jelajah Rwanda
Pelumba berusia 23 tahun itu mengungguli zon pendakian perlumbaan peringkat pertama bermula dari Kigali Arena, Kigali dan tamat di Rwamagana dengan jarak sejauh 115.6 kilometer (km).

TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus
Turki terus menjadi medan TSG memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero memenangi GP Gundogmus semalam.