Atlet kelahiran Jamaica untuk mempertahankan acara yang dimenangi di Rio 2016 dengan penuh bergaya, memecut ke garsan penamat dengan catatan rekod Olimpik 10.61 saat bagi menafikan Shelly-Ann Fraser-Pryce menjadi atlet wanita pertama untuk memenangi acara tersebut dalam tiga temasya berbeza.
Ia merupakan kali pertama Thompson-Herah, yang mengalami kecederaan Achilles sejak bergelar juara di Rio lima tahun lau, berlari di bawah 10.7s.
Tetapi atlet berusia 29 tahun itu kekal fokus untuk mendapatkan kemenangan dan percaya penanda arasnya akan dipecahkan.
"Mara ke final tanpa memikirkan sebarang catatan masa. Saya hanya mahu berlari dengan teknik terbaik," katanya.
"Saya tidak melihat untuk memecahkan rekod. Namun catatan yang saya lakukan ini akan dipecahkan oleh atlet lain dalam temasya akan datang.
"Atlet wanita lain semakin meningkat naik. Jadi melakukan rekod Olimpik adalah pesanan buat semua bahawa segalanya mampu dilakukan."