TOKYO: Pemain golf kebangsaan Gavin Green menamatkan permainan strok individu lelaki di Olimpik Tokyo 2020 pada Ahad dengan berkongsi kedudukan ke-57, mencatatkan empat atas par 288 keseluruhan.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak dapat melakukan permulaan yang baik pada pusingan keempat dan pusingan akhir di Kasumigaseki Country Club di sini, apabila mencatatkan dua bogey berturut-turut pada dua lubang pertama, sebelum memperbaikinya dengan melakukan birdie pada lubang keempat.
Pada lubang-lubang selepas itu, Gavin mencatatkan tiga birdie dan satu bogey untuk menamatkan permainan hari ini dengan catatan satu atas par 72, selepas melakukan 74-72-70, pada pusingan sebelum ini, berkongsi tempat ke-57 bersama Rafael Campos dari Puerto Rico (73-72-70-72) pada saingan yang disertai 60 peserta.
Sementara itu, Xander Schauffele dari Amerika Syarikat memenangi pingat emas dengan keseluruhan 18 bawah par 266 selepas mencatatkan empat bawah par 67 hari ini, manakala Rory Sabbatini (Slovakia) menang perak selepas ketinggalan satu strok dengan menamatkan 17 bawah par 267.
Dalam permainan penentuan pingat gangsa selepas tujuh pemain mencatatkan 15 bawah par 268, pemain Taiwan Pan Chen-tsung menang gangsa selepas permainan empat lubang.
Di Olimpik Rio 2016, Gavin menduduki tempat ke-47 apabila golf kembali ke Olimpik selepas 112 tahun.
Dengan berakhirnya acara lelaki, pemain golf nombor satu negara Kelly Tan akan memulakan cabarannya dalam acara permainan strok individu pada Rabu.
Bernama
Sun Aug 01 2021
Pemain berusia 27 tahun itu tidak dapat melakukan permulaan yang baik pada pusingan keempat dan pusingan akhir di Kasumigaseki Country Club di sini, apabila mencatatkan dua bogey berturut-turut pada dua lubang pertama. - Gambar fail
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.
AWANI Borneo [06/10/2024] – Pan Borneo Sabah | Pelan mitigasi | Peka B40
Tumpuan Awani Borneo 6 Okt 2024 bersama Assim Hassan
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Kelewatan projek, disebabkan masalah pengambilan tanah
Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A Sabah disebabkan masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti di jajaran projek itu yang memakan masa yang sangat lama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.