TOKYO: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meminta seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kejayaannya membawa pulang pingat emas Olimpik pertama di Tokyo pada hari terakhir temasya berprestij dunia itu esok.
Mohd Azizulhasni, 33, mengesahkan slot di pusingan suku akhir acara keirin bersama rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas masing-masing melepasi cabaran pusingan pertama di Velodrom Izu, Shizuoka, hari ini.
Bagaimanapun, saingan suku akhir yang disusuli dengan aksi separuh akhir dan akhir esok bakal menyaksikan kedua-dua pelumba negara berdepan satu lagi cabaran getir dalam melaksanakan misi melakar kejayaan bersejarah di bumi Tokyo.
Justeru, Mohd Azizulhasni yang merupakan bekas juara dunia keirin 2017 mengharapkan doa serta sokongan daripada peminat untuk mengharungi halangan terakhir dalam memburu kilauan pingat emas yang dinanti-nantikan.
"Saya tidak minta banyak, untuk semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak, doakan saya, doakan saya untuk perlumbaan esok kerana it's gonna be really tough (ia sungguh mencabar) sebab kita ada tiga perlumbaan dalam hari yang sama, suku akhir, separuh akhir dan akhir.
"Doakan semuanya berjalan lancar, tiada kemalangan, tiada himpitan dan apa sahaja. Insya-Allah doakan juga kejayaan saya untuk memenangi emas esok," katanya kepada sebuah stesen televisyen swasta Malaysia selepas perlumbaan itu.
Pada aksi pusingan pertama hari ini, Mohd Azizulhasni menepati ramalan ke suku akhir apabila mudah mengungguli perlumbaan Saringan Tiga menewaskan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul di tempat kedua dan Patryk Rajkowski dari Poland di kedudukan ketiga.
Manakala Muhammad Shah Firdaus yang mengalami kemalangan selepas terjatuh akibat daripada perlanggaran dengan pelumba Great Britain Jack Carlin pada Saringan Dua pusingan pertama, mara setelah menamatkan saingan Saringan Dua repechage di tempat kedua.
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni tepati ramalan, walau terjatuh Shah Firdaus bangkit rebut tiket suku akhir
BACA: Tokyo 2020: Shah Firdaus disah tidak patah rusuk, peluang rebut pingat kembali bersinar
"Pelumba Malaysia kita ada kelajuan, cuma tak ada high power (kuasa tinggi) untuk berlumba dalam acara pecut. Sebab itu saya kata kita (Malaysia) ada peluang cerah dalam acara keirin, bukannya nak kata kita memang sudah ada jaminan akan menang.
"Kita masih perlu berusaha dan juga bertawakal kepada Allah dan kita juga kena execute the plan really well (melaksanakan apa yang dirancang sebaik mungkin), selain 100 peratus fokus pada hari perlumbaan," kata pemenang pingat gangsa dalam acara sama pada edisi Rio 2016.
Dalam saingan peringkat suku akhir esok, Mohd Azizulhasni berada dalam Saringan Tiga bersama dengan Matthew Glaetzer dari Australia, Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), Denis Dmitriev (Jawatankuasa Olimpik Rusia) dan Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago.
Sementara itu Muhammad Shah Firdaus pula akan bersaing dengan Carlin di Saringan Dua bersama dengan Maximilian Levy (Jerman), Callum Saunders (New Zealand), Jair Tjon En Fa (Surinam) dan Nicholas Paul (Trininad and Tobago).
Bernama
Sat Aug 07 2021

Mohd Azizulhasni mengesahkan slot di pusingan suku akhir acara keirin selepas melepasi cabaran pusingan pertama di Velodrom Izu, Shizuoka, hari ini. - Gambar/ Reuters
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny

Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.

Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.

Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.

Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.

Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
![[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya [PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629355286_TBSTUDENT.jpg)
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.

Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.