TOKYO: Kilauan pingat semakin hampir dihadiahkan untuk negara apabila jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke peringkat akhir acara Keirin berlangsung di Velodrum Izu sebentar tadi.

Dalam saingan separuh akhir heat 2, Azizulhasni mudah menamatkan perlumbaan di tmepat pertama untuk melayakkannya ke pusingan akhir.

Beliau akan bersaing dalam peringkat akhir kira-kira jam 11 pagi ini.

Azizulhasni akan membawa misi membutirkan satu lagi pingat untuk negara sebelum edisi Olimpik berakhir secara rasmi hari ini.

BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni layak ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

BERITA LANJUT MENYUSUL