Sekalipun sudah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan terlepas daripada hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ia susulan tindakannya duduk di bangku simpanan semasa perlawanan Johor Darul Takzim menentang Terengganu 30 Mac lalu.
Tindakan Tunku Ismail di Stadium Larkin itu jelas mencetuskan kontroversi baru bola sepak tanah air.
Ia dilakukan ketika baginda sedang menjalani hukuman penggantungan enam bulan oleh FAM selepas melanggar artikel 88 status badan induk itu.
Seperti tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, Tunku Ismail mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai Presiden PBNJ.
Ia dengan alasan supaya baginda tidak terikat dengan undang-undang FAM sebagai Tengku Mahkota Johor.
Bagaimanapun, Tunku Ismail tampak tetap bakal dikenakan tindakan oleh FAM.
Ia berpandukan kes terdahulu membabitkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) , Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bekas Menteri Besar Perlis itu tetap dikenakan hukuman oleh FAM walaupun telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa badan itu.
Shahidan dijatuhkan hukuman pengantungan 2 tahun setengah dan didenda RM39,000 atas kesalahan melanggar artikel 88 FAM.
Astro Awani
Fri Apr 05 2013
Lelaki dipercayai sakit mental serang polis di surau ditahan
Seorang lelaki yang mempunyai rekod rawatan psikiatri ditahan kerana menyerang dua anggota polis di sebuah surau di Kangkar Pulai, Iskandar Puteri.
COP29: TNB komited sokong matlamat peralihan tenaga Malaysia
Hasmarizal berkata Pelan Peralihan Tenaga TNB sejajar dengan matlamat negara, memberi tumpuan kepada penjanaan penyahkarbonan, membina grid yang fleksibel serta menggalakkan pendigitalan dan elektrifikasi untuk meningkatkan penyertaan pelanggan.
[TERKINI] Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim
Malaysia mendesak negara maju untuk meningkatkan pembiayaan iklim untuk negara membangun di COP29.
Persatuan Usahawan India Muslim Johor tak naik harga makanan - KPDN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor memberikan komitmen untuk tidak menaikkan harga makanan di restoran-restoran mereka sebagaimana diumumkan sebelum ini.
Kos pampasan tanah berjumlah RM2.53 bilion
Kos pampasan tanah Projek Pan Borneo di Sabah RM2.53 bilion
Pengambilan tanah bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di negeri ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.53 bilion.
Pengambilan tanah bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di negeri ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.53 bilion.
Sarawak capai sasaran 4 juta pelancong untuk 2024
Sarawak telah mencapai sasaran empat juta ketibaan pelancong untuk 2024 dengan jumlah pelancong dicatatkan seramai 4.08 juta orang setakat 15 November ini.
Projek pembinaan MRSM baru ketika ini ditangguhkan - Rubiah
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata projek pembinaan MRSM baru ditangguhkan. “Mara memberi fokus untuk melaksanakan projek penyelenggaraan dan naik taraf di MRSM sedia ada” katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pantau Agenda Reformasi: Pindaan Akta 342 | Reformasi sektor kesihatan
Dewan Rakyat baru-bari ini meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 bertujuan memastikan kesiapsiagaan negara menangani ancaman penyakit berjangkit.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.
Sukan tradisional, sukan rakyat dipertimbang dalam Karnival Liga Sukan UNITI tahun depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan mempertimbangkan untuk memasukkan acara sukan tradisional dan sukan rakyat ke dalam Karnival Liga Sukan UNITI bagi edisi tahun depan.