Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata kejadian pada 1 tengah hari itu berlaku ketika anggota dari Balai Polis Kangkar Pulai yang berumur 33 dan 59 tahun hendak menunaikan solat berjemaah.
"Dua anggota berkenaan diserang dan dipukul suspek yang berusia 28 tahun itu, menyebabkan seorang daripadanya cedera di muka, kaki dan tangan kanan.
"Suspek kemudian diberkas di lokasi kejadian oleh dua anggota polis berkenaan dan anggota polis yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan, dan siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah dan dua kesalahan berkaitan dadah.
Kumarasan berkata keputusan ujian air kencing mendapati individu itu negatif dadah dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA