Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan perancangan bukan saja untuk memajukan skuad kebangsaan tetapi juga mampu membuktikan bola sepak tempatan sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan.
Itu pandangan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal.
Bagi Subahan, kriteria itu ada pada pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail bukan saja melakukan revolusi terhadap kejayaan JDT di atas padang tetapi juga infrastruktur dan juga pemasaran kelab itu sebagai satu jenama yang berjaya.
Ia sekaligus membolehkan bola sepak menjadi satu kerjaya dan juga industri yang mampu memberi pulangan lumayan.
FAS adalah antara 12 ahli gabungan yang menyuarakan sokongan terhadap Tunku Ismail sebagai calon presiden FAM.
"Tunku Ismail bukan sahaja melihat daripada aspek kemenangan Johor, namun beliau juga melihat dari segi menaikkan taraf hidup pemain bola sepak tempatan.
"Saya rasa ini formula yang cukup penting yang boleh diguna pakai oleh FAM. Ketika ini, kita perlu mencari formula untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerjaya bola sepak itu sangat baik," jelasnya.
Subahan turut berasa calon lain yang sebelum ini menyuarakan kesediaan bertanding jawatan presiden mampu mempertimbangkan jawatan lain untuk sama-sama membantu FAM bersama Tunku Ismail.
Sebelum ini, terdapat beberapa tokoh lain seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, yang menyuarakan minat dengan jawatan tersebut.
"Bagi saya, tidak semestinya perlu menjawat kerusi presiden untuk membuat sumbangan. Memegang jawatan lain turut menghadirkan sumbangan sama."
Astro Arena
Sat Oct 15 2016

SUBAHAN: Tunku Ismail bukan sahaja melihat daripada aspek kemenangan Johor, namun beliau juga melihat dari segi menaikkan taraf hidup pemain bola sepak tempatan. - Foto BERNAMA

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 singkap tirai
Juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.

Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.

FAS berhasrat majukan bola sepak wanita menerusi WSL
10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri mulai 29 Nov.

Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.

FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu.

Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.

FAS sasar lahir 250 pengadil di Selangor menjelang akhir 2020
Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Abdul Basith Abdul Hamid berkata beberapa program akan dilaksanakan bagi menarik minat ramai, terutamanya golongan belia, menyertai bidang pengadilan.

Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.

Tengku Amir Shah kecewa anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit
Tengku Amir berkata beliau telah memanggil pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.

Amirudin mahu kemelut landa FAS segera diselesaikan
Walaupun sebelum ini Tengku Amir sudah bertitah enggan mengadakan kongres luar biasa (EGM) dalam badan induk itu, namun beberapa ahli gabungan tetap berdegil.