PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini.
Amaran itu diberikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM ACP (B) Md Dali Wahid sambil menegaskan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan badan induk berkenaan.
Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan berada di setiap venue pertandingan bagi memantau tahap keselamatan sepanjang perlawanan.
"Taklimat (kepada pasukan) hari ini banyak sentuh berkaitan segala peraturan dan undang-undang pertandingan, selain mengenai keselamatan sebab perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden dianjurkan di padang terbuka dan sedikit di stadium.
"Bila main di padang terbuka seperti tahun lepas, ada insiden yang tak diingini contohnya pergaduhan, ada juga memukul pengadil, jadi kita tak nak perkara sama berlaku dan akan ambil tindakan tegas. PDRM juga akan berada pada perlawanan-perlawanan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Undian Piala Presiden dan Piala Belia 2024 yang berlangsung di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Isnin.
Pada masa sama, Md Dali yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM melihat Piala Presiden dan Piala Belia masih relevan untuk melahirkan bakat-bakat baharu.
"Pertandingan ini merupakan projek pembangunan, saya yakin ia merupakan landasan bagi negeri memilih pemain-pemain untuk beraksi pada Sukma (Sukan Malaysia) nanti. Kami yakin akan lahir pemain-pemain terbaik untuk mewakili pasukan negara satu hari nanti," katanya.
Sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam pertandingan Piala Presiden yang merupakan saingan bagi kategori umur Bawah 20 Tahun (B-20) bermula 21 April ini, sementara Piala Belia (B-18) yang menghimpunkan 18 pasukan dijadual bermula pada 27 April.
Saingan peringkat kumpulan Piala Presiden dan Piala Belia menggunakan format liga dua pusingan sebelum empat pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati yang turut menggunakan format timbal balik sehingga final.
Berikut senarai pasukan yang bertanding pada Piala Presiden dan Piala Belia 2024:
Piala Presiden
-------------------
Kumpulan A: Johor Darul Ta'zim (JDT) III, Sabah FC, Terengganu FC III, Kuala Lumpur (KL) City FC, Perak FC III, Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) B-17, Melaka FA, Kelantan FA
Kumpulan B: Negeri Sembilan FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Kelantan United FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, PDRM FC
Piala Belia
-------------
Kumpulan A: Selangor FC, Sabah FC, Perlis United FC, Melaka FA, Kelantan United FC, Kelantan FA, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, KL City FC
Kumpulan B: JDT IV, Kuching City FC, AMD B-16, PDRM FC, Touchtronics FC, Penang FC, Terengganu FC IV, Perak FC IV, KDA FC
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Md Dali berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan berada di setiap venue pertandingan bagi memantau tahap keselamatan sepanjang perlawanan. - Foto fail/BERNAMA
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.