PETALING JAYA: Tindakan penggantungan serta-merta ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC pada Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata langkah tersebut bertepatan dengan usahanya bersama FAM bagi memastikan pengadil dilantik di bawah badan induk sukan itu sentiasa mempamerkan kredibiliti dan kesempurnaan seperti dikehendaki komuniti bola sepak negara.
"Kadang-kadang kesian juga bila berlakunya pemain yang terlepas sepakan penalti dia dapat peluang kedua dalam perlawanan seterusnya tetapi pengadil tidak boleh berlaku mana-mana kesilapan.
"Pengumuman mengenai tindakan FAM memberi penggantungan (serta-merta) kepada seorang pengadil adalah langkah proaktif dikeluarkan sebelum apa-apa laporan atau aduan daripada pasukan. Saya rasa itu satu tindakan amat baik untuk pastikan komuniti bola sepak tempatan lihat sendiri tindakan diambil FAM," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani minyak masak tempatan keluaran Sime Darby Oils (SDO), ALIF selaku penaja Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Stuart mengulas mengenai pengadil Zulkarnain Zakaria ketika mengadili aksi Sabah FC yang mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Penang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat lepas.
Nama Zulkarnain menjadi tumpuan selepas didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah, pada minit ke-41 dan masa tambahan (90+9).
Sementara itu, mengenai tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantu kelab bola sepak menukar rumput di stadium masing-masing, Stuart berharap supaya ia disambut baik pihak-pihak berkaitan selain mengambil kira kepentingan keselamatan pemain dan kualiti permainan lebih baik boleh dipamerkan dalam mengharungi perlawanan Liga M.
"Kami harap Liga M boleh melihat pengubahsuaian rumput di peringkat tempatan bukan sahaja sebab 'zeon zoysia' adalah lebih baik daripada rumput lembu tapi lapisan tanah bawah dan sistem perparitan yang mungkin sudah capai satu tempoh yang lama di sesebuah stadium perlu dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Nama Zulkarnain menjadi tumpuan selepas didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah, pada minit ke-41 dan masa tambahan (909). - Fail/FB Penang FC
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.