Tiga jenis sukan iaitu badminton, berbasikal dan terjun telah dikenal pasti oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai prospek pingat untuk kontinjen negara pada Sukan Olimpik Rio 2016, Ogos ini.
Presidennya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan sukan layar turut mempunyai potensi menyumbang pingat berdasarkan prestasi dua wakil sukan itu.
"Kami tidak mahu meletakkan sebarang sasaran pingat bagi memastikan atlet dapat menumpukan perhatian terhadap melakukan persediaan yang lebih baik untuk temasya sukan itu," katanya pada sidang media selepas majlis tajaan oleh tiga syarikat kepada kontinjen Malaysia di sini pada Khamis.
Bata Malaysia akan menyediakan sepasang kasut kulit dan kasut sukan Power untuk setiap atlet dan pegawai manakala dua syraikat, Entogenex Industries Sdn Bhd dan Pax Flora Sdn Bhd akan menaja barangan penjagaan diri bagi mencegah gigitan nyamuk.
Ketua Kontinjen Negara, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid, yang hadir sama pada majlis itu, memberi jaminan bahawa atlet dan pegawai kontinjen tidak perlu bimbang mengenai keselamatan dan wabak Zika kerana MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil langkah-langkah pencegahan.
Pada masa sama, beliau mengingatkan atlet negara supaya tidak keluar daripada Perkampungan Sukan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini sepanjang temasya sukan itu dari 5 hingga 21 Ogos ini.
"Saya difahamkan pihak penganjur Sukan Olimpik Rio akan menyediakan bahan penjauh nyamuk dan memasang jaring penghalang nyamuk di tempat penginapan di Perkampungan Sukan dan kami juga akan mengambil langkah-langkah tertentu,"katanya.
Bernama
Thu Jun 30 2016
![Tiga sukan jadi sandaran pingat pada Sukan Olimpik Rio 2016 Tiga sukan jadi sandaran pingat pada Sukan Olimpik Rio 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440129775_TunkuImran.jpg)
Tunku Imran tidak menolak kemungkinan sukan layar turut mempunyai potensi menyumbang pingat berdasarkan prestasi dua wakil sukan itu. -Gambar fail
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646604760_PheeJinqEn.jpg)
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024 Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/71475659583_archeryarcherarr.jpg)
Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024
Buat pertama kali selepas 16 tahun Malaysia tidak akan mempunyai pemanah lelaki beraksi di temasya Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024 bermula bulan depan.
![KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697733384_AdamAdli.jpg)
KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.
![KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686996535_TBHannahYeoh.jpg)
KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah
Hannah Yeoh berkata perkara ini perlu diteliti sebaik mungkin untuk memastikan atlet yang terlibat dengan program RTG dapat memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik.
![Pengguguran, pengambilan atlet ke program RTG bakal dibincang minggu depan Pengguguran, pengambilan atlet ke program RTG bakal dibincang minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681281989_FAM.jpg)
Pengguguran, pengambilan atlet ke program RTG bakal dibincang minggu depan
Keputusan sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program RTG, akan dibincangkan jawatankuasa program berkenaan pada minggu depan.
![Jadikan kisah di Athens 2004 sebagai inspirasi untuk ke Paris 2024 - Chong Wei Jadikan kisah di Athens 2004 sebagai inspirasi untuk ke Paris 2024 - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681373055_SidangMediaLCW.jpg)
Jadikan kisah di Athens 2004 sebagai inspirasi untuk ke Paris 2024 - Chong Wei
Chong Wei mahu pemain negara yang belum pernah merasai pengalaman di Sukan Olimpik untuk mengambil inspirasi kisahnya pada Athens 2004.
![Undian untuk jualan tiket Olimpik Paris 2024 bermula Khamis Undian untuk jualan tiket Olimpik Paris 2024 bermula Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669723742_Mascots.jpg)
Undian untuk jualan tiket Olimpik Paris 2024 bermula Khamis
Peminat sukan perlu menyertai cabutan minggu ini sebelum mereka boleh membeli tiket Sukan Olimpik Paris 2024.
![Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657119180_IzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.
![Sasaran awal 31 pingat emas realistik Sasaran awal 31 pingat emas realistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649121268_Sasaranawalping.jpg)
Sasaran awal 31 pingat emas realistik
Sasaran 31 pingat emas yang ditetapkan itu realistik jika mengambil kira beberapa faktor selepas pasca pandemik COVID-19.
![Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627225773_FarahAnngymnastic.jpg)
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.