KUALA LUMPUR: Tiada perbincangan khusus diadakan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) setakat ini untuk menyerap kembali bekas jaguh badminton negara Lim Pek Siah sebagai jurulatih beregu kebangsaan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky berkata perjumpaan bersama Pek Siah, yang kini bertugas sebagai Ketua Jurulatih Beregu Singapura di Terbuka Malaysia baru-baru ini hanyalah perjumpaan biasa tanpa sebarang agenda khusus.
"Tiada yang serius semasa saya berjumpa Pek Siah di Terbuka Malaysia, hanya sekadar bertanya macam mana keadaan dia di Singapura.
"Namun, kita hargai kalau Pek Siah mahu kembali berbakti di BAM tetapi semua itu harus melalui pengurusan kerana keputusan kini terletak di tangan Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones dan Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa Pek Siah kini berada di bawah radar BAM.
Rexy berkata walaupun beliau tidak pernah bekerjasama bersama Pek Siah sebelum ini, namun kagum dengan kebolehannya mengendalikan pasukan Singapura terutamanya ketika aksi anak buahnya di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
Pek Siah yang juga pemenang pingat emas beregu wanita bergandingan dengan Ang Li Peng di Sukan Komanwel 2002, pernah menjawat jawatan jurulatih beregu wanita BAM pada 2015 hingga 2018.
Pada 1 April lepas, Flandy Limpele (jurulatih beregu lelaki negara) membuat keputusan mengejut meninggalkan BAM apabila tidak menyambung kontrak selepas dua tahun manakala sebulan kemudian, Paulus Firman (jurulatih beregu campuran) meletakkan jawatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Dalam pada itu, Rexy memaklumkan Muhammad Fazriq Mohamad Razif baharu sahaja diserap masuk ke pasukan senior sepenuh masa dalam usaha memperkemaskan permainannya di tahap lebih tinggi.
"Saya diberitahu Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sidek pada Sabtu lepas yang Muhammad Fazriq akan mula berlatih bersama pasukan senior sebab apa yang saya dengar sekarang ini dia sudah benar-benar fokus badminton," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Rexy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa Pek Siah kini berada di bawah radar BAM. - Gambar fail
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Anak datang stadium kerana sangka Nidzam akan dipecat
Kejayaan Selangor FC mara ke final Piala FA 2024/2025 dengan menyingkirkan Terengganu FC menerusi agregat 6-4, dapat mengukuhkan semula keyakinan peminat Gergasi Merah terhadap pengendali skuad itu.
Terlalu banyak tekanan pada Pau Marti mampu ancam legasi Kim Pan-gon
Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
KOM cari ketua jurulatih bagi enam disiplin, atlet bersara boleh mohon
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.