Malah, kejadian itu membuka fasa baru dalam kehidupannya serta Aishah kini meneruskan hidup berpandukan kata-kata yang diukir oleh seniman jalanan di kaki palsunya “I want. I can & I will succeed”
Menurut lapoan EPA, Aishah terpaksa belajar semula bagaimana untuk melakukan perkara-perkara asas dalam kehidupan, seperti memberus gigi, minum menggunakan gelas dan sebagainya.
Selepas menggunakan lengan bionik dan kaki palsu, bekas penembak kebangsaan Singapura itu merancang untuk menyertai sukan menembak di kejohanan Para Asia dan Paralimpik.
Walaupun dia menunggu senapang peribadinya untuk dihantar kepadanya, yang ditaja oleh pengeluar senjata Jerman Walther, Aishah terus berusaha keras untuk membuat persediaan bagi kejohanan itu yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan.
Aishah kehilangan lengan dan kaki akibat jangkitan bakteria dan gangren
KLIK GALERI FOTO KEHIDUPAN SEHARIAN AISHAH SAMAD DI SINI