Pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal boleh menjadi aset kepada pasukan tetapi masih belum menjamin tempat dalam senarai akhir 23 pemain pada Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 pada Oktober, kata ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan Brad Maloney.
Pemain tengah Akademi Bola Sepak St Louis berusia 18 tahun itu menjadi bualan hangat apabila beliau akhirnya menyertai 34 pemain lain dalam latihan skuad B-18 Khamis lepas selepas penantian beberapa bulan.
Namun, situasi itu menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menggambarkan beliau dinilai terlalu tinggi.
Bagaimanapun, Maloney berpuas hati dengan perkembangan Wan Kuzri buat masa ini.
"Adalah normal untuk seseorang menjadi sedikit berbeza... terutamanya yang datang dari luar negara. Tetapi seperti saya cakap, pemain (Wan Kuzri) perlu mendapatkan tempatnya berdasarkan merit.
"Daripada apa yang saya lihat setakat ini, beliau agak baik. Jadi, saya rasa beliau dapat menjadi aset kepada pasukan tetapi sudah tentu, tiada siapa yang dijamin mendapat tempat dalam skuad akhir," kata Maloney kepada pemberita selepas sesi latihan skuad itu di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Isnin.
BACA: Tiada keistimewaan buat Wan Kuzri - Fayhsal
BACA: Buktikan anda layak mendapat tempat, kata Maloney kepada pemain
Sementara itu, Maloney berharap dapat mengatur dua perlawanan persahabatan sebelum kem latihan berpusat berakhir pada Sabtu supaya beliau dapat melihat potensi sebenar Wan Kuzri.
Perlawanan persahabatan itu juga akan menjadi ukuran kepada kemajuan skuad kerana mereka berusaha untuk menjadi pasukan Malaysia pertama yang layak ke Final Piala Dunia Bawah 20 berdasarkan merit.
Maloney yang menggugurkan empat pemain daripada skuad latihan semasa berkata, kem latihan berpusat seterusnya akan diadakan bermula 3 Ogos ini.
Kejohanan Bawah 19 AFC 2020 yang dijadualkan diadakan di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Okt adalah pusingan kelayakan untuk Piala Dunia Bawah 20 pada 2021 (di Indonesia).
Malaysia diundi dalam Kumpulan D untuk kejohanan bawah 19 bersama bekas juara Qatar, Tajikistan dan Yemen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

Wan Kuzri giat menjalani sesi latihan pada Kem Latihan Pusat Skuad B-18 di Wisma FAM, 16 Julai, 2020. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Tiada jaminan Wan Kuzri tersenarai dalam skuad akhir - Maloney
Pemain berusia 18 tahun itu menjadi bualan hangat apabila beliau akhirnya menyertai 34 pemain lain dalam latihan skuad B-18 Khamis lepas selepas penantian beberapa bulan.