KUALA TERENGGANU: Tiga pemain import Korea Selatan menjadi taruhan Terengganu Hockey Team (THT) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.
Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Mohd Fikri Harun berkata mereka terdiri daripada Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.
Beliau berkata selain itu sandaran turut diletakkan kepada ketua jurulatih hoki baharu THT, Seo Jongho yang berpengalaman luas dan pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih THT untuk menerajui pasukan.
"Pasangan adik beradik, Mohd Faizal Saari dan Mohd Fitri Saari masih setia dengan skuad The Turtles musim ini.
Turut kekal ialah tiga pemain kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman, Mohammad Marhan Mohd Jalil dan Muhammad Arif Syafie Ishak," katanya pada majlis pelancaran jersi, memperkenalkan penaja dan pemain sempena MHL 2023 di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Mohd Fikri berkata kehadiran tiga import baharu itu diharap dapat membantu THT mencapai sasaran meraih gelaran trebel musim ini.
Menurut beliau pihaknya percaya perubahan taktikal yang akan dilaksanakan ketua jurulatih akan membolehkan THT merampas kembali Piala TNB yang terlepas ke tangan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tahun lepas.
"Setakat ini kita diberitahu oleh barisan kejurulatihan yang kehadiran dua import remaja Korea Selatan, Hoil dan Seung Ho memberi impak bagus kepada pasukan.
Kita harap impak tersebut berterusan dan THT dapat menjulang kembali Piala Sumbangsih dan mempertahankan gelaran juara MHl yang dimenangi tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu Mohd Fikri berkata untuk tahun ini juga, pasukan hoki wanita Terengganu, Terengganu Ladies Hockey Team-Majlis Sukan Negeri Terengganu (TLHT-MSNT) akan kembali mewarnai saingan MHL selepas dua tahun menyepi.
Walau bagaimanapun katanya sasaran tinggi tidak diletakkan kepada pasukan TLHT-MSNT kerana penyertaan mereka lebih kepada memberi pendedahan bagi atlet muda.
"Kita gabungkan TLHT-MSNT untuk beri pendedahan kepada atlet Sukan Malaysia (Sukma) yang akan beraksi pada temasya itu pada 2024," katanya.
Dalam pada itu Wan Sukairi berkata kerajaan negeri telah menambah suntikan dana sebanyak RM2.5 juta kepada Persatuan Hoki Negeri Terengganu tahun ini berbanding RM2 juta tahun lepas.
"Penambahan sebanyak RM500,000 ini untuk menampung perbelanjaan akademi pembangunan hoki negeri yang baru ditubuhkan dan juga untuk penganjuran sebuah kejohanan bertaraf antarabangsa pada 9 Ogos nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
![THT pertaruh tiga import hadapi MHL THT pertaruh tiga import hadapi MHL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674944573_TerengganuHockeyTe.jpg)
Mohd Fikri berkata kehadiran tiga import baharu itu diharap dapat membantu THT mencapai sasaran meraih gelaran trebel musim ini.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Fitri kembali bersama Speedy Tigers selepas tiga tahun Fitri kembali bersama Speedy Tigers selepas tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679977325_FitriSaari.jpg)
Fitri kembali bersama Speedy Tigers selepas tiga tahun
Pemain berusia 30 tahun itu mahu memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk terus berada dalam pasukan.
![THT pertahan kejuaraan Divisyen Premier MHL THT pertahan kejuaraan Divisyen Premier MHL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678548572_HockeyTeam.jpg)
THT pertahan kejuaraan Divisyen Premier MHL
Terengganu Hockey Team (THT) mengesahkan kejuaraan Divisyen Premier MHL buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan TNB 3-2.
![Jong Hyun wira THT pertahankan Piala Sumbangsih MHL 2023 Jong Hyun wira THT pertahankan Piala Sumbangsih MHL 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675961739_HockeyTeamTNB.jpg)
Jong Hyun wira THT pertahankan Piala Sumbangsih MHL 2023
THT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dalm saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 selepas menundukkan TNB 4-3.
![THT pertaruh tiga import hadapi MHL THT pertaruh tiga import hadapi MHL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674944573_TerengganuHockeyTe.jpg)
THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.
![Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19 Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81576360312_SubahanKamal.jpg)
Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19
Ketiga-tiga pemain terbabit adalah Faisal Saari; Abd Khalid Hamirin (penyerang) serta Shello Silverius (pemain tengah).
![LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614299722_sesilatihanpertam.jpg)
LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.
![Piala TNB: THT ulangi kejayaan, raih kejuaraan berganda Piala TNB: THT ulangi kejayaan, raih kejuaraan berganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442765699_PIALATNB.jpg)
Piala TNB: THT ulangi kejayaan, raih kejuaraan berganda
Pada aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, THT kendalian Sarjit Singh meraih kemenangan 5-4 ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada penentuan penalti.