Malam ini merupakan penentuan bagi mendapatkan ibu segala pingat emas dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) iaitu perlawanan bola sepak peringkat akhir antara Malaysia menentang Thailand.
Ibu kepada N. Thanabalan, V. Thiru Sundari, 52, berkata sewaktu menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia kelmarin, bulu romanya meremang apabila negara menerima asakan bertubi-tubi daripada pihak lawan.
"Ketika gol dijaringkan pada perlawanan itu, saya tidak tahu bahawa anak saya yang menjaringkan gol hingga beberapa minit kemudian apabila satu stadium bergema dengan laungan 'Thanabalan-Thanabalan'.
"Dia bukan sahaja anak saya, dia adalah anak Malaysia kerana gol yang dihasilkan bukan atas kudrat anak saya semata-mata tetapi hasil kerjasama keseluruhan pemain Malaysia," katanya kepada Bernama semasa kunjungan ke rumahnya di sini, semalam.
S. Nadarajah, 56, bapa kepada N. Thanabalan, merupakan orang penting dalam karier wira negara itu kerana beliaulah yang bertanggungjawab dalam mencungkil bakat pemain negara tersebut dan melatihnya dari kecil pada setiap minggu di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sungai Gadut, dekat sini.
Walaupun Nadarajah tidak dapat hadir ke stadium malam ini, beliau tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada anaknya.
Beliau dan keluarga akan bersama-sama menonton aksi Thanabalan melalui televisyen di rumah mereka.
Nadarajah lumpuh dari dada ke bawah, sejak April 2013, apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur.
"Saya sudah lumpuh selama lima tahun dan anak saya telah ikat kontrak dengan pasukan bola sepak Negeri Sembilan bagi membantu saya dari segi kos perubatan sebelum Thanabalan dipinjamkan ke Felcra F.C.
Walaupun anak kami sibuk dengan latihan bola sepaknya, dia tidak pernah mengabaikan keluarganya yang juga tonggak kekuatannya dan Thanabalan memikul tanggungjawab keluarganya lebih daripada dirinya sendiri," katanya.
Nadarajah berkata anak sulungnya itu kini menjadi ketua keluarga dan Thanabalan sanggup berulang-alik dari tempat latihan ke Seremban, demi menjaga kebajikan keluarga.
Beliau berkata sejak Thanabalan menjadi ketua keluarga, anaknya itu menanggung segala-galanya seperti makan, bil letrik, kos perubatan serta turut menjaga dua adiknya iaitu Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13.
"Saya menjangkakan Malaysia akan memenangi perlawanan final menentang Thailand dengan keputusan 2-1 dan saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol asalkan negara dapat merangkul pingat emas," katanya.
Malaysia telah melayakkan diri untuk ke final melalui gol sensasi pada minit akhir, di mana wira negara N. Thanabalan telah menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-87.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2017
Malaysia telah melayakkan diri untuk ke final melalui gol sensasi pada minit akhir, di mana wira negara N. Thanabalan telah menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-87.- Gambar dari fail.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.