BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan Presiden FIFA, Gianni Infantino bertemu di New York untuk membincangkan kaedah untuk meningkatkan kerjasama sukan antara Thailand, ASEAN dan FIFA.
Dalam pertemuan itu, Srettha turut mengulangi kesediaan Thailand dan ASEAN untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2034.
Mesyuarat itu diadakan pada Rabu di luar Sidang Kemuncak Ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan, Chai Watcharong berkata, Perdana Menteri juga mempelawa FIFA untuk meluaskan kerjasamanya dengan negara anggota ASEAN sambil menyatakan bahawa Asia Tenggara adalah rantau yang mempunyai potensi besar untuk pembangunan bola sepak.
"Beliau (Srettha) menegaskan bahawa ASEAN bersedia dan komited untuk mengembangkan potensinya sebagai persediaan untuk bidaan bersama menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2034," katanya.
Chai berkata, Perdana Menteri juga berterima kasih kepada FIFA atas sokongannya dalam membantu belia Thailand mempelajari asas permainan.
Infantino bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Thailand, ASEAN, dan FIFA akan mengembangkan peluang serta menjadikan bola sepak sebagai sukan untuk semua orang, katanya.
Chai berkata, Infantino turut menjemput Srettha menghadiri Kongres FIFA ke-74 tahun depan, yang akan diadakan di Thailand.
"Ini adalah kali pertama Kongres FIFA diadakan di Asia Tenggara dan lebih 2,000 peserta dari 211 negara di seluruh dunia dijangka hadir," katanya.
Srettha menerusi hantaran di platform "X" berkata bahawa bola sepak adalah sukan kegemarannya.
"Saya harap perbincangan ini membawa kepada lebih banyak peluang untuk pembangunan bola sepak di Thailand.
"Saya berterima kasih kepada FIFA atas sokongannya dalam membantu belia Thai mempelajari asas permainan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin (kiri) dan Presiden FIFA, Gianni Infantino mengadakan pertemuan di New York, Amerika Syarikat. - Gambar Thailand Government House/Handout via REUTERS
Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.
Jeju Air kurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025
Syarikat penerbangan Jeju Air merancang mengurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025.
Data penerbangan berhenti rakam suara sebelum mendarat
Data penerbangan dan perakam suara kokpit pada pesawat Jeju Air yang terhempas pada 29 Disember lalu, berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum pesawat itu melanggar struktur konkrit Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.
[TERKINI] Konsulat Jeneral sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas
Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di kawasan itu.
Ibarat acara tahunan selama 25 tahun
Hujan lebat berterusan tanpa henti sejak awal pagi Jumaat menjadi antara faktor banjir melanda di Taman Aman dan Taman Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat menghampiri 2,000 orang dengan Johor menyumbang angka tertinggi.
PM nafi tumpu Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
63 sekolah persendirian Cina terima lebih RM20 juta
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM20 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara pada tahun ini.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.
FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.