KUALA NERUS: Skuad Terengganu FC (TFC) menjadi pasukan bola sepak pertama di negara ini yang memiliki platform perkhidmatan penstriman dikenali sebagai TFC PLAY.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Ab Rasid Jusoh berkata menggunakan cogan kata Ultimate Football Experience, TFC PLAY menyediakan pelbagai kandungan menarik termasuk video eksklusif TFC yang tidak terdapat di aplikasi atau platform lain.
Beliau berkata pelancaran TFC PLAY menjadi penanda aras baharu kelab berkenaan dalam menyediakan sesuatu yang berbeza untuk peminat dan penyokong bola sepak negeri itu.
"Untuk tahun ini, pelanggan bakal menikmati sekitar 95 video termasuk dokumentari, filem dan diari pasukan.
"Selain itu, pelanggan juga boleh menyaksikan sembilan perlawanan persahabatan TFC dengan pasukan Thailand, Kuala Lumpur City FC dan Kelantan United FC," katanya pada majlis pelancaran TFC PLAY di Stadium Gong Badak, di sini semalam.
Menurut Ab Rasid lagi pihaknya berharap pengenalan platform perkhidmatan penstriman tersebut diharap dapat menjana pendapatan kelab, sekali gus mengelakkan kebergantungan kepada bajet daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 5,000 pelanggan TFC PLAY dengan kadar langganan serendah RM7 sebulan atau RM60 setahun.
"TFC PLAY juga menjadi medium untuk merapatkan lagi hubungan antara kelab dan penyokong.
"Kewujudannya diharap dapat menaikkan lagi nilai komersial kelab dalam usaha menarik pelabur serta penajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Ab Rasid Jusoh (kanan) menonton video tayangan mengenai TFC Play semasa melancarkannya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di Kuala Terengganu, 15 Jan. -- fotoBERNAMA
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
AS minta imigran dari empat negara keluar apabila permit tamat
Imigran dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela yang memasuki Amerika Syarikat melalui "program parol" perlu meninggalkan negara itu apabila permit dua tahun mereka tamat jika mereka tidak memperoleh cara lain yang sah untuk tinggal, umum pentadbiran Biden pada Jumaat.
Persiapan sedang dilakukan untuk di ibu negara Laos
Persiapan sedang giat dilakukan untuk Laos menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan, dengan pihak berkuasa dari pelbagai sektor bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pemimpin dan delegasi yang akan menghadiri mesyuarat berkenaan.
Ribuan penduduk dunia berhimpun, solidariti ke atas Palestin
Rangkuman ribuan penduduk dunia mengadakan perhimpunan di negara masing-masing sebagai tanda solidariti ke atas penduduk Gaza ekoran kekejaman Zionis.
Banjir, tanah runtuh ragut 16 nyawa di Bosnia
Hari Jumaat nyata hari yang tragik buat Alka Gusic, apabila dia kehilangan empat ahli keluarganya sekaligus, susulan kejadian tanah runtuh melanda kampung mereka di Donja, Jablanica, di Bosnia.
31 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India
Sekurang-kurangnya 31 pemberontak disyaki dari kumpulan Maoist, terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India di India Tengah.
Pertempuran meletus pada hari Jumaat apabila pasukan penentang pemberontakan, mengepung hampir 50 pemberontak di kawasan hutan Abhujmaad di sepanjang sempadan daerah Narayanpur dan Dantewada di negeri Chhattisgarh.
Pertempuran meletus pada hari Jumaat apabila pasukan penentang pemberontakan, mengepung hampir 50 pemberontak di kawasan hutan Abhujmaad di sepanjang sempadan daerah Narayanpur dan Dantewada di negeri Chhattisgarh.
Pasukan keselamatan harungi banjir untuk selamatkan gajah
Pasukan penyelamat di Wilayah Chiang Mai, Thailand, telah mengharungi arus deras banjir bagi menyelamatkan sekumpulan gajah daripada mati lemas.
Daerah Mae Taeng, yang merupakan lokasi beberapa kem penempatan gajah, telah dilanda banjir kilat susulan hujan monsun lebat.
Daerah Mae Taeng, yang merupakan lokasi beberapa kem penempatan gajah, telah dilanda banjir kilat susulan hujan monsun lebat.
Google Password Manager kini mudahkan perkongsian kata laluan dengan ahli keluarga
Dengan ciri ini, anda boleh berkongsi kata laluan dengan semua ahli Family Group anda. Sebarang pertukaran kata laluan akan dikemas kini secara masa nyata kepada semua.
TFC pasukan pertama miliki perkhidmatan penstriman
TFC PLAY menyediakan pelbagai kandungan menarik termasuk video eksklusif TFC yang tidak terdapat di aplikasi atau platform lain.