KUALA TERENGGANU: Terengganu FC ll (TFC ll) melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas menewaskan Kuching City FC dalam aksi tunggal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul yang merembat deras dari dalam petak penalti namun sayangnya percubaan itu berjaya ditampan penjaga gol Shaiful Wazizi Mohammad.
Berselang empat minit, giliran kem pelawat pula menguji kubu pertahanan tuan rumah menerusi percubaan Mohamad Alif Hasan, malangnya rembatan deras beliau sekadar menggegar palang.
Pada minit ke-18, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang mendominasi permainan sekali lagi beroleh peluang untuk mengatasi skuad Penyu namun rembatan kapten pasukan Joseph Kalang Tie pula tersasar ke sebelah kanan gawang.
Tidak berputus asa, TFC ll yang terus mengatur gerak akhirnya beroleh peluang keemasan pada minit terakhir babak pertama tetapi gagal mencipta jaringan apabila rembatan Muhammad Nur Afzar Fikri Azhar sedikit tinggi melepasi palang.
Bersambung babak kedua, TFC ll yang kembali menguasai permainan mencipta tiga peluang untuk mencetak gol pertama buat pasukan, malangnya semua percubaan gagal diterjemah ke dalam bentuk jaringan.
Hanya pada minit ke-78, skuad bimbingan jurulatih Badrul Afzan Razali itu berjaya meledak gol kemenangan buat pasukan menerusi pemain gantian Muhammad Safwan Mazlan yang berpunca daripada sepakan percuma oleh Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.
Keputusan kekal dengan TFC ll mendahului Kuching City FC hingga akhir perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Muhammad Safwan (tiga, kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama TFC II pada Liga Premier Malaysia 2022 menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jurulatih kecewa ketumpulan penyudah punca The Turtles tewas
Badrul Afzan amat kecewa kerana jentera hadapan gagal menjaringkan gol biarpun peluang terhidang di depan mata.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.