KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd akan membuat rayuan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meneliti semula hukuman denda yang dikenakan terhadapnya.
Ia berikutan terdapat pelanggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan penonton ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara TFC dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Isnin lepas, yang menyebabkan pasukan itu dikompaun.
Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Sabri Abas berkata pihaknya mengakui kesilapan dan akur dengan hukuman yang diberikan, tetapi meminta supaya jumlah kompaun dapat dikurangkan, dengan melihat kepada situasi kewangan semasa.
"Kami mohon maaf dan mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Cuma minta supaya diberi pertimbangan bagi mengurangkan jumlah denda yang agak besar.
"Pihak pengurusan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada KKM dalam masa terdekat dan berharap supaya mendapat maklum balas sewajarnya daripada pihak KKM," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataan hari ini berkata TFC Sdn Bhd dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Ia kerana kedua-dua penganjur gagal dalam pengurusan penonton yang melibatkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna ketika perlawanan berlangsung.
Bagaimanapun Mohd Sabri berkata TFC Sdn Bhd hanya akan menguruskan rayuan pengurangan kompaun bagi pihak kelab dan menyerahkan kepada MFL untuk mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Penyokong TFC yang hadir ke stadium bagi menyaksian perlawanan antara pasukan tersebut dengan JDT Isnin lalu. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.

TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.

TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

TFC mulakan kempen Piala Shopee dengan langkah kiri
TFC membuka aksi pertama Kumpulan A saingan ACC Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan langkah kiri.

Nelson Bonilla penyerang terbaharu TFC
Pengumuman itu menamatkan khabar angin bahawa Sang Penyu akan mengikat penyerang kelahiran Croatia, Anton Maglica.

TFC kecewa gagal raih tiga mata penuh di laman sendiri
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa kerana misi pasukan untuk mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 berdepan Sri Pahang FC, malam tadi.