Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kementerian Belia dan Sukan serta akademi badminton swasta atau kerajaan diminta mengambil langkah proaktif untuk terus berusaha mengenal pasti dan mencungkil
bakat baharu badminton negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata sesuai dengan status badminton sebagai sukan kegemaran semua, kerajaan sentiasa memberi sokongan kuat untuk membangunkannya ke tahap lebih tinggi.
"Namun, kita akui terdapat kekurangan dalam beberapa aspek seperti penyediaan atlet pelapis dalam kategori perseorangan lelaki untuk menggantikan jaguh badminton sedia ada seperti Datuk Lee Chong Wei apabila beliau memutuskan untuk bersara," katanya dalam catatan di laman blog www.najibrazak.com.
Beliau menegaskan masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan sukan badminton Malaysia terus cemerlang di masa hadapan, dan usaha ke arah itu perlu bermula dari sekarang.
"Akademi Badminton Malaysia adalah permulaan dan pemangkin kepada usaha ini agar kita mampu melahirkan lebih ramai jaguh badminton negara, insya-Allah," kata perdana menteri.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa akademi itu diwujudkan bagi memacu lagi perkembangan sukan badminton dan melahirkan pemain pelapis berprestasi tinggi.
Beliau yakin kompleks yang dilengkapi fasiliti bertaraf dunia itu dapat menyuntik semangat pemain untuk berusaha lebih kuat bagi menempa kejayaan.
"Sekiranya ada kekurangan dan keperluan lain yang diperlukan pemain, bincang dan kemukakan kepada pihak pengurusan BAM. Insya-Allah, di mana mampu dan boleh, kerajaan akan membantu," kata perdana menteri.
Beliau seterusnya berkata Malaysia telah melahirkan jaguh badminton sejak zaman awal kemerdekaan sehingga hari ini yang membolehkan negara menempa kejayaan dalam pelbagai acara badminton berprestij di peringkat antarabangsa.
"Baru-baru ini kita semua bersama sebagai 1Malaysia bersorak gempita menyokong wira-wira badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu kita Tan Wee Kiong-Goh V. Shem serta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan ramai lagi, ketika mereka beraksi di temasya Sukan Olimpik di Rio," katanya.
Ia menyaksikan skuad badminton negara menyumbang tiga pingat perak melalui acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 01 2017
PM NAJIB: "Kita akui terdapat kekurangan dalam beberapa aspek seperti penyediaan atlet pelapis dalam kategori perseorangan lelaki untuk menggantikan jaguh badminton sedia ada seperti Datuk Lee Chong Wei." - Gambar fail
GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Shafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
BRICS Urban Future Forum platform dialog mampan
World Urban Forum 2024 yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir, menjadi medan pertemuan cendekiawan yang memberi fokus kepada perkongsian dan percambahan idea untuk pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti untuk penduduknya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
14,000 penduduk California diarah berpindah
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Terus kenal pasti, cungkil bakat baharu badminton - PM Najib
Perdana menteri berkata sesuai dengan status badminton sebagai sukan kegemaran semua, kerajaan sentiasa memberi sokongan kuat untuk membangunkannya ke tahap lebih tinggi.