BANGKOK: Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023, yang berlangsung Stadium Tertutup Huamak di sini hari ini.
Jun Hao menewaskan pemain India Meiara Luwang Maisnam 16-21, 21-5, 21-16, pada perlawanan pertama pusingan kelayakan, sebelum menewaskan rakan senegara Sholeh Aidil 21-15, 21-19.
"Saya memperoleh lebih keyakinan dan ketenangan pada perlawanan kedua, selepas saya dapat membiasakan diri dengan gelanggang. Saya akan berehat selepas ini dan bersedia untuk perlawanan esok," katanya kepada Bernama dan akan berhadapan pemain Thailand Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama esok.
Dua lagi pemain perseorangan negara Lee Shun Yang dan Yeoh Seng Zoe, pula gagal untuk layak selepas tewas perlawanan masing-masing hari ini.
Dua pasangan beregu lelaki iaitu Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci juga gagal layak, selepas masing-masing tewas pada perlawanan pusingan kelayakan.
V Shem-Khim Wah tewas 23-25, 21-16, 16-21, kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, manakala Xin Yuan-Tien Ci tewas 21-18, 15-21, 12-21, kepada pasangan Thailand Natthapat Trinkajee-Thanawin Madee.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing juga menerima nasib yang sama, selepas tewas 14-21, 16-21 kepada Adnan Mualana- Nita Violina Marwah dari Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Jun Hao menewaskan pemain India Meiara Luwang Maisnam 16-21, 21-5, 21-16, pada perlawanan pertama pusingan kelayakan, sebelum menewaskan rakan senegara Sholeh Aidil 21-15, 21-19. - Gambar Bernama
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.