KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022, hari ini.
Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris.
Pasangan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia itu seterusnya akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9, 21-13.
Sementara itu, pasangan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke pusingan kedua apabila menumbangkan pasangan China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, 8-21, 22-20, 24-22.
Kian Meng-Pei Jing, gandingan pilihan kelapan kejohanan, akan menentang Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun untuk menentukan tempat ke suku akhir.
Kaneko-Matsutomo sebelum itu telah menafikan pertembungan sesama wakil Malaysia selepas menewaskan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-18, 21-17.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022

Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris. - Gambar fail

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.

Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.

Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.

Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis
Thinaah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - TESL) di OUM sejak Mei 2020.

Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir
Pemain bukan pilihan Tze Yong kalah kepada pemain pilihan kelapan Shi Feng dengan 17-21, 12-21.

Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam
Djokovic kini mengatasi rekod yang sebelum ini dikongsinya bersama Rafael Nadal.

Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek
Pemain kelahiran Poland itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain wanita terbaik di dunia terutama di atas gelanggang tanah liat.

Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17
Novak Djokovic melepasi rekod sepanjang zaman Rafael Nadal dengan mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-17.