KUALA LUMPUR: Kecederaan buku lali kanan memaksa juara bertahan dari Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti mengakhiri perjuangannya bersama Apriyani Rahayu pada pusingan separuh akhir beregu wanita di Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.
Apriyani, 24, dan Siti Fadia, 22, memberi laluan mudah buat pasangan ranking pertama dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China 21-9 pada set pertama sebelum Siti Fadia terjatuh ketika ketinggalan 2-0 pada set kedua, seterusnya menarik diri selepas 33 minit beraksi.
"Saya juga terkejut semasa set kedua, bola itu tidak susah cuma Siti Fadia tidak tahu mahu lepas atau ambil pukulan itu, jadi dia salah landing. Jadi saya kata kalau boleh (teruskan) ayuh, kalau tidak pun tiada masalah sebab dia yang tahu level kesakitan itu.
"Siti Fadia cedera di bahagian buku lali, jadi kemungkinan tidak parah. Kebiasaannya pemulihan di bahagian situ (buku lali) cepat sembuh dan sekiranya sempat kita akan pergi ke Terbuka India 2023, kalau tidak sempat sembuh jadi tidak akan pergi," kata Apriyani.
Penarikan diri berkenaan menyaksikan pasangan China akan turun melakukan perhitungan bersama beregu Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim di pentas final, esok.
Gandingan di ranking ke-20 dunia dari Korea Selatan itu telah melakukan kejutan apabila mengecewakan pemain keempat dunia Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China 21-17, 23-21 dalam perlawanan berlangsung 72 minit.
Ha Na, 22, berkata mereka sudah bersedia fizikal dan mental untuk bermain dalam set penentuan namun berpuas hati kerana dapat melakukan pukulan berkualiti sekali gus menoktahkan kemenangan dengan set mudah.
"Dari segi keyakinan kami semakin baik, dan esok, kami berharap dapat melakukan lebih serangan memandangkan ia bukan perlawanan mudah. Kami mahu bermain tanpa rasa kesal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Siti Fadia terjatuh ketika ketinggalan 2-0 pada set kedua, seterusnya menarik diri selepas 33 minit beraksi. - Gambar/ Bernama

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.

Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.

Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.

Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.

Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela

Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.