Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran kelima dan ketiga Siri Super musim ini selepas melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pada Sabtu.
Jaguh badminton negara itu yang bertarung hebat hingga meleret ke rubber-set ketika menundukkan musuh ketatnya, Chen Long dari China, semalam, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras pada set pertama dan memanfaatkan pengalamannya untuk menang 21-19, 21-14 ke atas pemain tuan rumah, Angus Ng Ka Long pada aksi separuh akhir yang berlangsung selama 45 minit.
Chong Wei akan bertemu pemain China Tian Houwei selepas pemain bukan pilihan itu bangkit sebelum menewaskan pemain Indonesia Anthony Ginting 18-21, 21-11, 21-6 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu telah tiga kali menjuarai Terbuka Hong iaitu pada 2009, 2010 dan 2013.
Sebagai rekod, Chong Wei telah meraih gelaran Terbuka Amerika Syarikat dan Grand Prix Terbuka Kanada, kedua-dua kejohanan itu pada Jun selain menjuarai dua lagi kejohanan utama iaitu Siri Super Terbuka Perancis bulan lepas dan Siri Super Premier Terbuka China minggu lepas selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan kerana kesalahan doping.
Bernama
Sat Nov 21 2015

Dalam gelanggang akhir nanti, Chong Wei akan bertemu pemain China, Tian Houwei. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Lee Zii Jia berlatih dengan kem Hong Kong
Lee Zii Jia berpeluang mengenali lawannya lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila berlatih dengan Angus Ng Ka Long beberapa hari lalu sebelum berlepas ke Dubai.

Lee Chong Wei tewas di saingan suku akhir Terbuka China
Kali ini giliran pemain muda Hong Kong, Angus Ng Ka Long menunjukkan jalan keluar kepada Chong Wei, pemain nombor tujuh dunia, dalam saingan sengit selama 80 minit di Pusat Sukan Olimpik Hiaxia.

Terbuka Hong Kong: Chong Wei semakin hampiri gelaran kelima musim ini
Datuk Lee Chong Wei melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pada Sabtu.