COCO Gauff menjadi pemain remaja Amerika Syarikat (AS) pertama sejak Serena Williams melakukannya pada 2001 untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu hanya tercicir dua mata ketika menewaskan Jelena Ostapenko 6-0, 6-2 dalam pertemuan di Stadium Arthur Ashe.
Latvia Ostapenko, pilihan ke-20, mencuri perhatian dengan menumbangkan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, dalam pusingan empat.
Tetapi kali ini dia gagal menjelmakan prestasi serupa yang menyaksikan Gauff menamatkan set pertama dalam tempoh 20 minit.
Ostapenko cub amemberi cabaran lebih sengit dalam set seterusnya untuk mematahkan servis lawannya dalam percubaan kelima.
Begitupun, Gauff menyempurnakan permainannya dalam masa 1 jam 8 minit untuk mara ke separuh akhir grand slam di tempat sendiri buat julung kalinya.
"Rasanya hebat, saya sangat gembira," katanya.
“Tahun lalu saya terkandas di peringkat suku akhir jadi saya mahu melakukan yang lebih baik. Perjalanan masih jauh tetapi saya gembira dan bersedia untuk kembali beraksi.
“Sejujurnya, saya tidak berasa selesa sepanjang perlawanan walaupun ketika mata akhir perlawanan.
"Saya mengenali corak permainannya. Ia benar-benar sukar untuk dihadapi kerana saya tidak bertindak agresif. Dia salah seorang pemain terbaik dan dia mengharungi kejohanan yang hebat.
"Ada pepatah dalam bola keranjang mengatakan bahawa 'pertahanan yang memenangi permainan'. Ia tidak selalunya berkesan dalam tenis tetapi hari ini itulah yang berlaku.” - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Sep 06 2023

Pemain berusia 19 tahun itu hanya tercicir dua mata ketika menewaskan Jelena Ostapenko 6-0, 6-2 dalam pertemuan di Stadium Arthur Ashe. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terbuka AS: Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan untuk bergelar juara
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi remaja AS pertama meraih kejayaan di Flushing Meadows sejak Serena Williams melakukan perkara sama.

Terbuka AS: Insiden tunjuk perasaan cemari kejayaan Gauff mara ke final
Kemenangan Gauff dibayangi sekumpulan kecil penonton yang memakai kemeja-T tertera perkataan 'akhiri bahan api fosil'.

Terbuka AS: Coco Gauff ulangi pencapaian Serena Williams
Pemain berusia 19 tahun itu hanya tercicir dua mata ketika menewaskan Jelena Ostapenko 6-0, 6-2 dalam pertemuan di Stadium Arthur Ashe.

Kejohanan Wimbledon: Coco Gauff tersingkir awal tewas kepada Sofia Kenin
Coco Gauff tersingkir seawal pusingan pertama apabila tewas kepada seorang lagi pemain AS Sofia Kenin.

Tenis Terbuka Perancis: Badi Coco Gauff jumpa Iga Swiatek berterusan
Juara bertahan itu meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Swiatek juara Terbuka Perancis
Swiatek tidak mempunyai masalah besar meraih kemenangan straight set 6-1, 6-3 dalam tempoh 68 minit.

Tenis Terbuka Perancis: Gauff ke final grand slam pertama selepas atasi Trevisan
Coco Gauff mara ke final kejohanan grand slam buat kali pertama selepas menewaskan Martina Trevisan 6-3, 6-1 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.

Terbuka Perancis: Gauff atasi Stephens untuk ke separuh akhir kali pertama
Pemain remaja itu seterusnya akan menghadapi pemain bukan pilihan, Martina Trevisan, untuk merebut tempat ke final.

Wimbledon: Venus Williams kalah kepada pemain berusia 15 tahun
Coco Gauff, 15 tahun mengatasi idolanya Venus Williams di pusingan pertama kejohanan Grand Slam tenis, Wimbledon.