PEMAIN Jepun, Kodai Naraoka, kembali menghantui perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, selepas bertarung lebih 1 jam dalam Terbuka China BWF, sebentar tadi.

Zii Jia gagal mempertahankan aksi garang yang menyaksikannya mendahului 13-10 sebelum kelekaan melepaskan enam mata berturut-turut kepada lawan secara tidak langsung membuatkannya berputih mata sekalipun sempat mengheret set pertama kepada dius.

Namun, finalis Kejohanan Dunia 2023 itu nyata lebih tenang dalam mata getir untuk menang 26-24.

Laluan kebangkitan Zii Jia yang menghuni tangga ke-14 tampak di laluan tepat hasil kemenangan 21-12, tetapi Naraoka kembali menonjolkan permainan rali yang kemas untuk menutup aksi 21-11, sekali gus menghadiahkan kegagalan kelima pusingan pertama kepada pencabar itu musim ini.  -- Stadium Astro