MATTEO Berrettini menjadi pemain Itali pertama mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas mengatasi Gael Monfils semalam.

Berrettini kelihatan di landasan meraih kemenangan yang mudah, namun Monfils mempamerkan kebangkitan sebelum pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan kemenangan 6-4 ,6-4, 3-6, 3-6, 6-2.


Kemenangan wakil Itali itu menyaksikan dia bakal berdepan Rafael Nadal dalam usaha memburu slot ke pentas final.