Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa kecewa ekoran isu rasuah masih membelenggu sukan bola sepak negara.
Tengku Abdullah bagaimanapun berkata beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap tujuh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terbabit dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim lepas.
"Saya baru sampai ke Kuala Lumpur dan masih belum dapat laporan penuh semalam...sudah tentu mereka (Jawatankuasa Tatatertib FAM) mempunyai bukti dalam siasatan ini.
"Isu rasuah memberi kesan buruk dalam sukan bola sepak negara. Saya berasa hampa kerana masih berlaku dan berharap tidak berlaku dalam sukan hoki," katanya selepas majlis minum petang bersama skuad hoki remaja kebangsaan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), di sini, Rabu.
Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM menangguhkan keputusan perbicaraan terhadap tujuh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terbabit rasuah dan mengatur perlawanan.
Tujuh pemain tersebut ialah S. Sivaraj, Amirul Asraf Mohd Noor, Azizon Kadir, Benedict Martin, J. Mughilan Kartik, Syazwan Rani dan Azwan Jatin.
Penangguhan itu berikutan jawatankuasa berkenaan perlu mengambil keterangan enam lagi pemain dan empat pegawai pasukan berkenaan bagi membantu siasatan.
Bernama
Wed Jan 08 2014
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah - Gambar Fail
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.