JELEBU: Skuad berbasikal kebangsaan terpaksa mengubah percaturan pelumba selepas Muhammad Ameer Ahmad Kamal tersingkir daripada meneruskan baki saingan lapan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.
Ketua juruatih skuad berbasikal kebangsaan Mohd Yusof Nasir berkata Muhammad Ameer, 27, mengalami keracunan makanan yang menyebabkan beliau gagal menamatkan saingan dalam had masa ditetapkan selepas jurang masa dengan peloton terpisah sebanyak 15 minit pada perlumbaan peringkat satu dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur semalam.
"Keadaan itu (keracunan makanan) terpaksa diharungi sepanjang perlumbaan. Memang mana-mana pelumba tak habiskan perlumbaan tidak boleh meneruskan saingan seterusnya," katanya ketika ditemui.
Mohd Yusof berkata keadaan menimpa Muhammad Ameer selaku 'arkitek pecut' dalam pasukan kini beralih arah kepada Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil bermula pada saingan peringkat kedua (Kuala Klawang-Raub), hari ini.
"Fokus pasukan kini tertumpu kepada lima pelumba lain untuk buat yang terbaik," katanya.
Muhammad Ameer yang memenangi emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika ditemui berkata beliau sendiri tidak mengetahui punca keracunan makanan tersebut.
"Saya sudah mengalami (keracunan makanan) sehari sebelum perlumbaan. Tak sangka ia berterusan sebab memang mahu habiskan perlumbaan hingga pada Kilometer 70 saya terpaksa berhenti selepas itu.
"Saya teruskan hingga Kilometer 130 dan di situ saya tidak lagi dapat meneruskan perlumbaan kerana sudah melebihi had masa ditetapkan," katanya.
Selain Muhammad Ameer, skuad berbasikal kebangsaan turut dibarisi Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Sofian Nabil Omar Bakri, Muhammad Ameen Ahmad Kamal dan Kee Zhe Yie.
Perlumbaan peringkat kedua hari ini meliputi jarak 178.9 kilometer iaitu jarak terpanjang antara lapan peringkat LTdL.
Laluan Kuala Klawang ke Raub menyediakan dua zon pendakian di Petaseh dan Bukit Damar serta tiga zon pecutan di Simpang Durian, Karak dan Mempaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Perlumbaan peringkat kedua hari ini meliputi jarak 178.9 kilometer iaitu jarak terpanjang antara lapan peringkat LTdL. - Gambar fail
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
'Tempang' seorang pelumba, skuad berbasikal kebangsaan ubah percaturan
Muhammad Ameer Ahmad Kamal mengalami keracunan makanan yang menyebabkan beliau gagal menamatkan saingan dalam had masa ditetapkan.