KUALA LUMPUR: Desas-desus beberapa pasukan mahu menarik diri daripada Liga Super 2023 tidak akan menjejaskan perjalanan liga bola sepak profesional itu yang bakal dijalankan menggunakan format baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata setakat ini tiada maklumat berhubung penarikan diri beberapa pasukan seperti yang digembar-gemburkan berikutan kesemua pasukan telah menyerahkan dokumen lengkap bagi urusan pelesenan kelab tahun hadapan.
"Mengambil contoh, sebelum ini sepatutnya dalam perancangan membabitkan Liga Super, 16 pasukan akan beraksi. Jadi kalau ada satu dua pasukan tarik diri daripada liga... ia tidak mengubah perancangan MFL," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Stuart berkata sekiranya ada pasukan yang mahu menarik diri, ia keputusan pasukan itu sendiri dan adalah lebih baik mereka berbuat demikian sebelum liga bermula bagi memastikan perubahan format struktur liga pada tahun pertama dapat dilaksanakan.
"Jika mengikut garis masa, 396 dokumentasi penyertaan perlu dilakukan setiap pasukan pada 30 Sept hingga Selasa ini (11 Okt) untuk diperiksa oleh unit pelesenan," katanya.
Stuart berkata perjumpaan bersama Jawatankuasa Pelesenan Kelab akan diadakan Selasa ini dan keputusan mengenai pasukan terima atau tidak lesen untuk 2023 dibuat keesokan harinya.
Julai lepas, MFL memaklumkan saingan Liga Super 2023 bakal berwajah baharu menerusi penstrukturan semula dalam usaha memastikan liga bola sepak profesional negara itu lebih berdaya saing dan dinamik.
Penstrukturan itu menyaksikan Liga Premier dimansuhkan dengan enam pasukan dari divisyen kedua itu bersaing di pentas Liga Super 2023 yang bakal mempunyai 18 pasukan.
Perubahan bilangan pasukan ini bakal menambahkan lagi 'seri' perlawanan dalam Liga Super selain pasukan yang bertanding akan menerima lebih banyak perlawanan liga dalam semusim.
Ketika ini dengan 12 pasukan bersaing, setiap pasukan Liga Super hanya mempunyai 22 perlawanan liga semusim berbanding musim depan mereka akan beraksi dalam 34 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Stuart Ramalingam berkata kalau ada satu dua pasukan tarik diri daripada liga, ia tidak mengubah perancangan MFL. - Foto fail/BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.