PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berasa pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kini perlu menyesuaikan diri dengan tempoh singkat sebelum menghadapi tugasan antarabangsa.
Bagi Satianathan, setiap pasukan kebangsaan di seluruh dunia berdepan dengan situasi sama apabila menghadapi tugasan seperti Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Walaupun sukar, pemain kini perlu bijak dan profesional menanganinya untuk tetap memberikan aksi terbaik buat skuad negara.
"Kita harus mengharapkan pada kelab-kelab dan pasukan negeri untuk memastikan setiap pemain yang mewakili negara untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain," kata Sathia.
Bekas pengendali kebangsaan itu juga berpendapat situasi kini berbeza dengan ketika dia melatih skuad negara dari 2007 hingga 2009.
Ia kerana setiap pasukan dalam saingan Liga Malaysia kini diwajibkan mempunyai jurulatih kecergasan bertauliah.
Sementara itu, Sathianathan berharap Skuad Projek 2017 kendalian Bernhardt mampu menjelmakan aksi meyakinkan dalam dua aksi persahabatan bulan ini.
"Pada perlawanan pertama ini, kita bukan akan melihat pada keputusan tetapi cara permainan mereka, kami mengharapkan rentak permainan yang berbeza," akui Sathia.
Dalam perkembangan sama, Sathianathan turut menyarankan Berhardt mengenali dengan lebih dekat barisan kejurulatihannya kerana ketiga-tiga mereka adalah jurulatih tempatan berkualiti.
Bernhardt sebelum ini berhasrat mendapatkan khidmat penolong jurulatih import, namun belum ada kata putus daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Bernhardt kini dibantu Aminuddin Hussin, jurulatih penjaga gol Megat Amir Faizal Ibrahim dan jurulatih kecergasan Mashidee Sulaiman.
Astro Arena
Tue Mar 22 2016
SATHIANATHAN: Pastikan setiap pemain yang mewakili negara untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Tanggungjawab persatuan dan kelab pastikan pemain cergas - PJBM
Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia(PJBM) B. Sathianathan berasa pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kini perlu menyesuaikan diri.
'Jurulatih import ganggu bolasepak kami'
Presiden PJBSM, B. Sathianathan berpendapat bahawa kehadiran jurulatih luar yang tidak berpengalaman mengganggu pembangunan bolasepak Malaysia.
Sathianathan: Jangan salahkan Rueben
Jangan hanya salahkan Reuben pada aksi berdepan Qatar.
ATM turunkan pemain terbaik
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menurunkan barisan terbaik menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu ini.